MALAYSIA
KPDN nasihat orang ramai salur maklumat harga telur ayam naik drastik
Pemantauan di premis perniagaan seluruh daerah akan terus dipertingkatkan bagi mengelakkan peniaga mengambil kesempatan. - Gambar hiasan
JOHOR BAHRU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Johor menasihatkan orang ramai supaya menyalurkan maklumat sekiranya mendapati ada peniaga menaikkan harga telur ayam secara drastik susulan penstrukturan semula subsidi yang bermula hari ini.
Ringkasan AI
Pengarahnya Lilis Saslinda Pornomo berkata pemantauan di premis perniagaan seluruh daerah akan terus dipertingkatkan bagi mengelakkan peniaga mengambil kesempatan.
Beliau berkata pemantauan yang digerakkan secara keseluruhan melibatkan sebanyak 200 pegawai penguat kuasa dan 87 pegawai pemantau harga.
"Saya ingin mengingatkan peniaga supaya tidak sewenang-wenang menaikkan harga kerana pegawai penguat kuasa dan pemantau harga akan menjalankan siasatan.
"Justeru, saya berharap warga Johor selaku pengguna terus membuat aduan supaya tindakan lanjut dapat diambil mengikut Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Kerajaan sebelum ini mengumumkan langkah penstrukturan semula subsidi telur ayam berkuat kuasa hari ini sebagai sebahagian daripada pendekatan penyasaran subsidi secara berfasa yang lebih lestari dan berimpak tinggi.
Menurut kenyataan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) pihak industri telah bersetuju untuk memperkenalkan Telur Gred Khas yang akan ditawarkan pada harga lebih berpatutan.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Orang ramai digesa melaporkan peniaga yang menaikkan harga telur ayam secara mendadak susulan penstrukturan semula subsidi yang bermula hari ini.
- KPDN Johor mempertingkat pemantauan melibatkan 200 pegawai penguat kuasa dan 87 pegawai pemantau harga bagi mengelakkan peniaga mengambil kesempatan.
- Kerajaan memperkenalkan Telur Gred Khas pada harga lebih berpatutan sebagai sebahagian pendekatan subsidi bersasar yang lebih lestari dan berimpak tinggi.