SEREMBAN: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Sembilan merampas 116,623 liter diesel disyaki bersubsidi dianggarkan RM250,739.45 dalam lima serbuan Ops Tiris di daerah ini dan Kuala Pilah, awal bulan ini.
Pengarah KPDN Negeri Sembilan Muhammad Zahir Mazlan berkata serbuan turut menyita beberapa lori, 12 tangki intermediate bulk container (IBC), 10 pam berserta hos keseluruhannya dianggar bernilai RM402,402.45.
"Tujuh lelaki tempatan telah ditahan selepas disyaki melanggar Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan (AKB) 1961 serta Peraturan 3(1) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata dalam serbuan pertama pada 3 Dis, anggota KPDN Cawangan Kuala Pilah merampas 2,500 liter diesel dan satu unit pam khas diubah suai hasil pemeriksaan terhadap sebuah lori tangki yang didapati kerap berhenti mengisi minyak di stesen minyak sekitar Bahau dan Kuala Pilah.
Menurut Muhammad Zahir, dalam serbuan kedua pada keesokannya, pihaknya merampas 500 liter diesel, enam tangki IBC berserta pam dan hos hasil pemeriksaan terhadap sebuah lori selepas mengekori pergerakan kenderaan terbabit yang kerap membuat pengisian minyak di stesen minyak sekitar bandar raya ini.
Dua pemandu lori terbabit, katanya masing-masing lelaki tempatan kini ditahan untuk membantu siasatan.
Beliau berkata selain itu, serbuan turut dilakukan dengan kerjasama pihak polis Bukit Aman terhadap sebuah premis milik pemborong berlesen minyak diesel dan menemukan 106,500 liter minyak diesel di dalam dua lori tangki dan empat unit tangki skid dalam premis tersebut pada 5 Dis lepas.
"Tiga lelaki warga tempatan ditahan di lokasi berkenaan selepas disyaki melanggar Seksyen 21 AKB 1961 kerana memiliki barang kawalan bersubsidi jenis bahan api diesel melebihi had liter dibenarkan dalam lesen," katanya.
Muhammad Zahir berkata dalam serbuan keempat, pihaknya merampas enam tangki IBC berisi 4,500 liter diesel berserta pam dan hos hasil pemeriksaan terhadap sebuah lori yang sedang mengisi minyak di sebuah stesen minyak di Jalan Lama Tampin, di sini.
Beliau berkata pemandu lori itu yang merupakan seorang lelaki tempatan turut ditahan manakala serbuan terakhir merampas 2,623 liter minyak diesel hasil pemeriksaan terhadap sebuah premis dijadikan tempat penyimpanan dan pemindahan minyak diesel bersubsidi di Green Technology Park, di sini pada 9 Dis.
Seorang lelaki tempatan yang mengaku sebagai pekerja di premis berkenaan ditahan disyaki melakukan kesalahan melanggar Seksyen 21 AKB 1961 serta Peraturan 3(1) Peraturan- Peraturan Kawalan Bekalan 1974.
"Sebanyak lima kertas siasatan dibuka bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 21 AKB 1961," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 12 2023

KPDN Negeri Sembilan merampas 116,623 liter diesel dianggarkan bernilai RM250,739.45 dalam lima serbuan Ops Tiris di daerah Seremban dan Kuala Pilah, awal bulan ini.

Mangsa banjir di Sabah meningkat, Sarawak menurun
Jumlah mangsa banjir di Sabah yang ditempatkan di PPS terus meningkat manakala Sarawak mencatatkan penurunan setakat pagi ini.

Lima peratus daripada 8,529 KRT seluruh negara pasif
JPNIN mengesan sebanyak lima peratus daripada 8,529 KRT yang berdaftar di seluruh negara didapati tidak lagi aktif.

Mangsa insiden tembakan di pusat beli-belah Setia Alam stabil - KP Selangor
Mangsa kini ditempatkan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah dan dia stabil.

Piala FA: Gol Mitoma pastikan Brighton bangkit singkir Chelsea
Kaoru Mitoma muncul wira dengan menjaringkan gol kemenangan untuk membawa The Seagulls ke pusingan kelima.

Kumpulan pendatang protes dasar imigresen Trump
Kumpulan penunjuk perasaan berkumpul di luar Kelab Golf Antarabangsa Trump pada Sabtu bagi membantah dasar imigresen Presiden Donald Trump.
AWANI Ringkas: Polis giat kesan suspek warga tempatan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#Ringkas 9 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 9 Februari 2025
1️⃣ Polis giat kesan suspek warga tempatan
2️⃣ 2,076 individu sertai program pemulihan MAIS
3️⃣ Lebih banyak bantuan dalam Belanjawan Singapura
#awaniringkas
1️⃣ Polis giat kesan suspek warga tempatan
2️⃣ 2,076 individu sertai program pemulihan MAIS
3️⃣ Lebih banyak bantuan dalam Belanjawan Singapura
#awaniringkas

Bomoh ditahan pos mayat bayi kepada pelancong China
Pol yang ditahan polis memberitahu dia merupakan seorang bomoh sihir dan mengaku boleh bercakap dengan roh orang mati.

Pemimpin Afrika berhimpun di Tanzania bincang konflik timur Congo
Pemimpin beberapa negara Afrika berhimpun di Tanzania dalam usaha menamatkan pertempuran di timur Congo.
Pemimpin tertinggi Iran bertemu pemimpin kanan Hamas di Tehran
Pemimpin Tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei bertemu dengan pemimpin kanan Hamas yang sedang dalam lawatan ke Tehran, pada Sabtu dan membincangkan perkembangan terkini di Gaza dan isu berkaitan.

KPDN N.Sembilan rekod rampasan diesel bernilai RM1.67 juta setakat Jun
KPDN Negeri Sembilan merekodkan hasil rampasan melibatkan penyelewengan diesel berjumlah RM1.67 juta dari Januari hingga 10 Jun lepas.

KPDN Negeri Sembilan rampas 116,623 liter diesel dalam lima serbuan
Serbuan turut menyita beberapa lori, 12 tangki IBC, 10 pam berserta hos keseluruhannya dianggar bernilai RM402,402.45.

Op Tiris: 69 kes seleweng diesel tumpas, babitkan lebih RM2.5 juta
KPDN Negeri Sembilan menumpaskan 69 kes penyelewengan membabitkan 866,982 liter minyak diesel bersubsidi di seluruh negeri sejak awal tahun ini.

KPDN Negeri Sembilan rampas 16,000 liter diesel bersubsidi di Seremban
Turut disita, sebuah lori tangki, sebuah lori bonded, enam unit tong IBC dan dua unit paip penyambung - anggaran nilai rampasan RM59,400.

KPDN N.Sembilan serbu stor seleweng LPG bersubsidi
Turut disita, sebuah lori dan peralatan yang digunakan untuk pemindahan gas dengan keseluruhan rampasan dianggar bernilai RM38,320.