SEREMBAN: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Sembilan menumpaskan kegiatan penyelewengan minyak diesel disyaki bersubsidi sebanyak 15,000 liter bernilai RM32,250 di sebuah premis di Rantau, dekat sini semalam.
Pengarahnya Muhammad Zahir Mazlan berkata dalam serbuan menerusi Op Tiris kira-kira pukul 6 petang itu, pihaknya turut menyita sebuah lori, lori tangki dan peralatan digunakan untuk aktiviti itu dengan keseluruhan nilai rampasan bagi kes terbabit ialah RM98,950.
"Pemeriksaan menyeluruh terhadap premis itu mendapati terdapat aktiviti pemindahan minyak diesel dijalankan dengan individu ditemukan di premis tersebut tidak mempunyai sebarang lesen atau permit khas atau surat kebenaran daripada pengawal bekalan untuk berurusan dengan Barangan Kawalan Berjadual," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata susulan itu, dua lelaki warga tempatan masing-masing berumur 50 dan 52 tahun ditahan bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961.
Muhammad Zahir berkata KPDN negeri giat melaksanakan pemeriksaan dan Op Tiris bagi memastikan isu penyelewengan dan ketirisan minyak diesel bersubsidi dibendung seterusnya mengambil tindakan tegas terhadap individu atau syarikat yang tidak bertanggungjawab.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 18 2023
Dua lelaki warga tempatan masing-masing berumur 50 dan 52 tahun ditahan bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961. -Gambar hiasan
Kitaro di Festival Muzik Hutan Hujan Dunia 2024
Kitaro bakal membuat persembahan pada Festival Muzik Hutan Hujan Dunia (RWMF) 2024 pada 28-30 Jun ini.
PH kerja keras pertahan DUN KKB, tidak mahu berasa selesa
Walaupun berjaya menguasai kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) selama tiga penggal sejak 2013, namun ia bukanlah tiket untuk Pakatan Harapan (PH) berasa selesa.
MDKpr nafi curi haiwan ternakan dalam kandang
Ahmad Suqairy berkata haiwan itu ditangkap dalam operasi oleh Bahagian Penguatkuasaan MDKpr pada 23 Apr lalu di kawasan Kolej TAR.
488 acara dipertandingkan di SUKMA Sarawak 2024 - MSN
Jawatankuasa Tertinggi Sukan Malaysia (SUKMA) secara rasmi bersetuju menawarkan sejumlah 488 acara dipertandingkan pada temasya SUKMA Sarawak 2024.
Petronas Dagangan catat jualan lebih 16 bilion liter bahan api pada 2023
PDB merekodkan peningkatan perolehan sebanyak dua peratus didorong jumlah jualan lebih tinggi dan keuntungan selepas cukai yang meningkat.
Aset rizab rasmi Malaysia berjumlah AS$113.76 bilion pada akhir Mac - BNM
Aset rizab rasmi Malaysia berjumlah AS$113.76 bilion pada akhir Mac 2024 manakala aset mata wang asing lain adalah US$1.61 bilion, kata Bank Negara Malaysia (BNM).
Kemunculan Momota di gelanggang pastinya dirindui - Pemain badminton dunia
Momota bakal bersara daripada arena sukan badminton antarabangsa selepas Piala Thomas 2024 yang sedang berlangsung di Chengdu.
Akta Sewaan Kediaman perlu digubal segera bagi pelihara hak pemilik, penyewa
Pertubuhan Sewaan Kediaman Kebangsaan hari ini meminta kerajaan menggubal Akta Sewaan Kediaman dengan segera bagi memastikan hak pemilik kediaman dan penyewa sentiasa terpelihara di negara ini.
Perkhidmatan komuter percuma sempena Program MADANI Rakyat Zon Utara
Langkah itu bagi memudahkan pengunjung di utara tanah air untuk datang memeriahkan program yang berlangsung tiga hari bermula Jumaat itu.
Nur Shazrin masih plilhan utama ke Paris - MSA
MSA tidak mahu menekan 'butang panik' selepas atletnya Nur Shazrin berdepan kemungkinan terlepas aksi di Sukan Olimpik Paris 2024 berikutan kecederaan berulang pada tangan kanannya.
Harga petrol, diesel kekal bagi tempoh 25 April hingga 1 Mei
Harga itu ditetapkan berdasarkan harga runcit mingguan produk petroleum menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik.
Dakwaan subsidi RON95, diesel ditarik dan cukai baharu dilaksana, tidak benar - Fahmi
Dakwaan kononnya kerajaan akan menarik balik subsidi RON95 dan diesel pada tahun ini sepertimana yang tular di media sosial adalah tidak benar, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
Harga RON97, RON95 dan diesel kekal hingga 24 Jan
Harga runcit petrol RON97 dan RON95 serta diesel masing-masing kekal pada RM3.47, RM2.05 dan RM2.15 seliter bagi tempoh 18 hingga 24 Jan.
KPDN teruskan penguatkuasaan Op Tiris khusus di bawah Akta 613
Op Tiris dilaksanakan KPDN bagi membanteras penyelewengan dan penyeludupan minyak diesel bersubsidi.
Hadkan pembelian diesel subsidi tidak berlaku di seluruh Sabah - Armizan
Permintaan tinggi terutama semasa musim perayaan dan cuti sekolah merupakan antara faktor stesen minyak terbabit terpaksa berbuat demikian.
Bekalan tambahan diesel ke Sarawak dalam tempoh dua hari - Armizan
Petronas Dagangan Berhad sedang melaksanakan penghantaran bekalan tambahan diesel ke Sarawak dalam tempoh dua hari ini susulan terputusnya bekalan bahan api itu di stesen milik Petronas di negeri ini.
Pembekal belum maklum punca ketiadaan diesel di stesen Petronas Sarawak - KPDN
KPDN Sarawak dalam kenyataan berkata mereka masih lagi menunggu kenyataan rasmi daripada pihak Petronas Dagangan Berhad.
Harga petrol, diesel kekal hingga 13 Dis
Harga runcit bagi petrol RON97 dan RON95 serta diesel tidak berubah masing-masing pada RM3.47, RM2.05 dan RM2.15 seliter bagi tempoh 7 hingga 13 Dis.
Harga petrol, diesel kekal hingga 29 Nov
Harga runcit bagi petrol RON97 dan RON95 serta diesel kekal tidak berubah masing-masing pada RM3.47, RM2.05 dan RM2.15 seliter untuk tempoh 23 hingga 29 Nov.
Harga petrol RON97, RON95, diesel kekal hingga 22 Nov
Harga runcit bagi petrol RON97 dan RON95 serta diesel kekal, masing-masing pada RM3.47, RM2.05 dan RM2.15 seliter bagi tempoh 16 Nov hingga 22 Nov ini.