GOMBAK: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan memantau harga ikan yang didakwa meningkat susulan kekurangan bekalan akibat cuaca panas melanda negara ketika ini.
Menterinya, Datuk Seri Salahuddin Ayub, berkata setakat ini harga makanan laut itu masih dalam keadaan terkawal dan belum lagi menjadi satu krisis.
"Bekalan (ikan) pun masih mencukupi. Pegawai penguatkuasa KPDN dan Kementerian Pertanian dan Sekuriti Makanan (MAFS) sentiasa memantau keadaan dan kalau ada aduan tertentu yang terpencil pun kita akan tangani, " katanya kepada pemberita selepas melancarkan Inisiatif Payung Rahmah Bersama Giant, di sini, hari ini.
Menerusi inisiatif berkenaan, Giant Hypermarket menawarkan barangan keperluan dengan tawaran penjimatan antara 10 hingga 30 peratus di semua 90 cawangan pasar raya dan pasar raya besar Giant di seluruh negara.
Sebelum ini, media tempatan melaporkan segelintir peniaga terpaksa menaikkan harga jualan ikan bagi menampung kenaikan di peringkat pembekal yang mendakwa bekalan kurang.
Dalam perkembangan lain, Salahuddin, berkata KPDN bercadang mengadakan pertemuan khas dengan pengiat industri bagi membincangkan hala tuju dan harapan Inisiatif Payung Rahmah.
Beliau berkata ia memandangkan inisiatif itu yang telah memasuki bulan kelima dilihat semakin mendapat sambutan.
"Kebimbangan di peringkat awal bahawa ia (Payung Rahmah) tidak mampu bertahan dan berpanjangan, semakin nipis hasil kerjasama erat antara kementerian dan pemain industri yang terlibat.
"KPDN akan turut membuat pelan lebih komprehensif dan sistematik di mana semua inisiatif Payung Rahmah termasuk Pakej Rahmah, Menu Rahmah dan Jualan Rahmah dapat dipastikan berpanjangan dan diurus tadbir lebih baik," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 15 2023
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub, berkata setakat ini harga makanan laut itu masih dalam keadaan terkawal dan belum lagi menjadi satu krisis. - Foto BERNAMA
Peniaga nasi kukus raih jualan RM14,000 sebulan
Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) mampu merubah graf pendapatan bulanan peserta apabila meningkatkan hasil jualan.
Piala Uber: Malaysia tewas kepada Taiwan
Malaysia memulakan kempen Kumpulan B Piala Uber 2024 mereka dengan langkah kiri apabila tewas 1-4 kepada Taiwan, di sini hari ini.
Imigresen tahan dalang warga Indonesia, jual produk kosmetik tanpa kelulusan KKM
Jabatan Imigresen menahan seorang wanita warga Indonesia berusia 50 tahun disyaki menjadi dalang penjualan produk kosmetik dan kecantikan yang tidak mendapat kelulusan KKM.
Sheriff: 9 hari tayangan, kaut RM28 juta!
Filem arahan Syafiq Yusof, Sheriff: Narko Intergriti kini meraih kutipan sebanyak RM28 juta dalam 9 hari tayangan.
Jaheaik sudah panggil artis wanita tular buat persembahan - Exco
Jaheaik sudah panggil artis wanita tular buat persembahan - Exco
KidDin bergabung jawab segala isu Konsert Search 'Gemuruh'
KONSERT Search 'Gemuruh' nampaknya semakin diperkatakan disebabkan beberapa isu yang ditimbulkan sehari dua ini.
Penunjuk perasaan Palestin tempelak wartawan AS
Mereka menuduh wartawan A.S sembunyikan dan berikan gambaran salah mengenai perang di Gaza.
Lawatan ke Riyadh: Blinken melawat Arab Saudi esok
Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Antony Blinken akan melawat Arab Saudi pada Isnin untuk bertemu dengan rakan serantau dan membincangkan usaha mencapai gencatan senjata di Gaza dan pembebasan tebusan Israel.
Iraq lulus akta penjara maksimum 15 tahun
Parlimen Iraq meluluskan undang-undang yang menjenayahkan hubungan sejenis dengan hukuman penjara maksimum 15 tahun pada Sabtu.
PRK Kuala Kubu Baharu: MB nafi rumah terbuka Selangor langgar akta
Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat Negeri Selangor yang diadakan pada Sabtu malam di pekan Kuala Kubu Bharu (KKB) di sini, tidak melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (AKPR).
Peniaga colek diberi amaran jangan naik harga sewenang-wenangnya
Pemantauan dijalankan pihaknya terutama di premis perniagaan yang tidak meletakkan tanda harga atau mengelirukan pelanggan.
KPDN akan pastikan peruntukan dibelanja tanpa sebarang ketirisan - Armizan
Datuk Armizan Mohd Ali berkata setiap sen daripada peruntukan itu akan disalurkan bagi program-program menangani isu kos sara hidup.
Pembayaran tanpa tunai: Insentif buat peniaga, pengunjung Bazar Rahmah sempena Ramadan - KPDN
Insentif RM50 kepada peniaga yang tawarkan perkhidmatan pembayaran tanpa tunai di lapan Bazar Rahmah di Terengganu sepanjang Ramadan ini.
MyCC sedia siasat unsur kartel dalam industri padi dan beras negara - Armizan
MyCC sentiasa terbuka untuk mengambil tindakan sewajarnya jika maklumat berkaitan perkara itu dapat disalurkan kepada pihaknya.
Sindiket penyelewengan diesel tumpas, lima ditahan
Empat lori lima tan, dua skid tank, 40 unit IBC tank, lima unit pam penyedut dan 44,000 liter cecair disyaki diesel turut disita.
KPDN teruskan penguatkuasaan Op Tiris khusus di bawah Akta 613
Op Tiris dilaksanakan KPDN bagi membanteras penyelewengan dan penyeludupan minyak diesel bersubsidi.
Pembekal belum maklum punca ketiadaan diesel di stesen Petronas Sarawak - KPDN
KPDN Sarawak dalam kenyataan berkata mereka masih lagi menunggu kenyataan rasmi daripada pihak Petronas Dagangan Berhad.
Armizan lahir rasa bangga saksi legasi kecemerlangan kepimpinan Salahuddin
Armian menzahirkan perkara itu ketika memulakan sesi penggulungan perbahasan RUU Perbekalan 2024 bagi kementerian itu di Dewan Negara.
Video tular: Pejabat Timbalan Menteri KPDN lapor polis
"Tulisan tersebut dengan sengaja mengaitkan dan mengaibkan Timbalan Menteri dengan tujuan menyakiti dan memfitnah beliau."
Polis tahan kapal kargo bawa 40,000 liter diesel tanpa permit
Tangkapan dibuat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 setelah kru kapal itu gagal menunjukkan permit atau lesen yang sah dikeluarkan KPDN.