MALAYSIA
KPDN pantau tuntutan pengguna terkesan gangguan sistem BUDI95 di Kuantan
Fuziah berkata gangguan sistem itu berlaku sekitar 12.15 tengah hari pada 3 Okt melibatkan 28 pengguna, sebelum pemeriksaan kementerian dijalankan pada 4 petang hari yang sama. - Gambar Fail Bernama
PUTRAJAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan terus memantau proses tuntutan pengguna yang terjejas susulan gangguan sistem BUDI MADANI RON95 (BUDI95) di stesen minyak BHPetrol, Jalan Gambang, Kuantan semalam, bagi memastikan hak dan kepentingan mereka dilindungi sepenuhnya.
Ringkasan AI
Timbalan Menteri KPDN Datuk Fuziah Salleh berkata gangguan sistem itu berlaku sekitar 12.15 tengah hari pada 3 Okt melibatkan 28 pengguna, sebelum pemeriksaan kementerian dijalankan pada 4 petang hari yang sama.
"Pihak kami mendapati gangguan sistem berlaku secara 'on/off' dari semasa ke semasa, walaupun tiada masalah rangkaian Internet dikesan di premis tersebut. Pengusaha stesen telah mengemukakan laporan kepada Ibu Pejabat BHPetrol untuk tindakan lanjut.
"Bagi pengguna yang terkesan, mereka boleh mengemukakan tuntutan bayaran balik dengan membawa resit asal pembelian bagi tujuan pengesahan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata gangguan seumpamanya turut dikesan di stesen BHPetrol Bandar Gambang pada sebelah pagi namun kembali pulih tidak lama kemudian, manakala pemeriksaan di stesen minyak lain termasuk Shell Jalan Sungai Lembing mendapati sistem BUDI95 berfungsi, cuma terdapat isu teknikal berkaitan cip MyKad pengguna.
Fuziah berkata kementerian telah mencadangkan langkah penambahbaikan kepada pengusaha stesen minyak antaranya menyediakan sistem manual simpanan resit dan maklumat pelanggan jika sistem tergendala, serta membolehkan tuntutan semula subsidi dilakukan pelanggan terjejas melalui dokumen sokongan.
"KPDN ingin menegaskan bahawa kami sentiasa memantau isu berkaitan pelaksanaan BUDI95 dan akan memastikan semua pengusaha stesen minyak mematuhi peraturan serta menyediakan kemudahan terbaik kepada rakyat.
"Kami menyeru pengguna yang berhadapan masalah untuk segera menghubungi talian aduan KPDN di 1-800-886-800 atau melalui saluran rasmi kementerian," katanya.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- KPDN pantau tuntutan pengguna terjejas akibat gangguan sistem BUDI MADANI RON95 (BUDI95) di stesen BHPetrol Jalan Gambang, Kuantan yang melibatkan 28 pelanggan.
- Pengguna boleh tuntut bayaran balik dengan mengemukakan resit asal; gangguan turut dikesan di stesen lain tetapi berpunca daripada isu teknikal cip MyKad.
- Langkah penambahbaikan dicadang termasuk sistem manual simpanan resit dan dokumen sokongan; pengguna digesa hubungi talian aduan KPDN 1-800-886-800 untuk masalah berkaitan.