awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis Norway siasat diplomat susulan kaitan dengan Epstein
Maxwell enggan jawab soalan berkaitan Epstein dalam pendengaran Kongres AS
Siasat dan tahan pendakwah: Jangan timbul spekulasi negatif terhadap SPRM - Zamri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPDN pastikan Orang Asli tidak terputus barangan keperluan asas

Bernama
Bernama
17/08/2024
10:35 MYT
KPDN pastikan Orang Asli tidak terputus barangan keperluan asas
Fuziah berkata antara langkah dilaksanakan termasuk mengadakan Jualan Rahmah di perkampungan masyarakat itu yang menawarkan pelbagai barangan pada harga rendah berbanding pasaran. - Gambar fail
BERA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) sentiasa memastikan penduduk luar bandar termasuk Orang Asli di Semenanjung serta Orang Asal di Sarawak dan Sabah tidak terputus bekalan barangan keperluan asas.
Timbalan Menterinya Fuziah Salleh berkata antara langkah dilaksanakan termasuk mengadakan Jualan Rahmah di perkampungan masyarakat itu yang menawarkan pelbagai barangan pada harga rendah berbanding pasaran.
"Saya dapat tahu, sambutan diterima sangat baik, barangan yang dijual juga lebih rendah 30 hingga 40 peratus daripada harga pasaran," katanya ketika berucap merasmikan Sambutan Hari Orang Asal Sedunia (SHOAS) 2024 di Kampung Pos Iskandar di sini hari ini.
Beliau berkata KPDN sebelum ini telah mengadakan Jualan Rahmah di kampung tersebut pada 16 Julai tahun lepas yang menerima reaksi positif masyarakat setempat.
Selain itu, Fuziah berkata antara fokus kerajaan adalah memastikan harga barangan keperluan asas yang dibeli oleh golongan berkenaan terkawal.
Pada sambutan itu, pelbagai acara menarik diadakan seperti pertandingan sukan termasuk menyumpit, persembahan kebudayaan Orang Asli dan Borneo, Jualan Rahmah, pameran agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
Sambutan antara lain bertujuan meningkatkan kesedaran dan melindungi hak penduduk Orang Asli serta mengiktiraf pencapaian dan sumbangan mereka dalam isu-isu dunia seperti perlindungan alam sekitar.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kpdn
#penduduk luar bandar
#Orang Asli
#barang keperluan asas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan