awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
Inkues Zara Qairina: Guru agama kongsi pertemuan terakhir dengan arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPDN Perak sita 156kg gula cuba disorok, peniaga berdepan denda RM1 juta, penjara

Bernama
Bernama
02/06/2023
04:30 MYT
KPDN Perak sita 156kg gula cuba disorok, peniaga berdepan denda RM1 juta, penjara
Kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan peniaga terbabit boleh dikenakan denda maksimum RM1 juta atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan menyorok barang kawalan. -Gambar hiasan/Freeimages.com
IPOH: Penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak menyita 156 kilogram (kg) gula pasir putih bertapis kasar yang dipercayai cuba disorak peniaga, selepas menyerbu sebuah premis perniagaan di Taman Kaya, Taiping, semalam.
Pengarahnya Datuk Kamalludin Ismail berkata susulan aduan orang ramai mengenai kesukaran membeli gula di kedai berkenaan, anggota penguat kuasa kemudiannya menyamar dan cuba membeli gula di premis itu, sebelum diberitahu bahawa gula sudah habis dijual.
Beliau berkata pada kira-kira pukul 11 pagi sepasukan anggota penguat kuasa beruniform memasuki premis untuk membuat pemeriksaan, dan meminta peniaga terbabit mengisytiharkan stok, di bawah Seksyen 8 Akta Kawalan Bekalan 1961.
"Hasilnya 156 kilogram (kg) gula pasir putih bertapis kasar yang tidak diisytiharkan telah ditemukan di premis berkenaan, dan semua barang kawalan gula berjumlah 156kg itu disita untuk siasatan lanjut dengan nilai rampasan dianggarkan RM446," katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan peniaga terbabit boleh dikenakan denda maksimum RM1 juta atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan menyorok barang kawalan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kpdn
#anggota penguat kuasa
#sorok gula
#taman kaya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan