awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPDN Perlis beri jaminan tiada kenaikan harga pada perayaan Krismas

Bernama
Bernama
24/12/2023
07:04 MYT
KPDN Perlis beri jaminan tiada kenaikan harga pada perayaan Krismas
Pemeriksaa semalam mendapati peniaga mematuhi harga maksimum yang ditetapkan itu serta menggunakan penandaan harga berwarna merah jambu pada kesemua barangan tersebut.
KANGAR: Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perlis memberi jaminan tidak berlaku kenaikan harga terhadap sembilan barangan kawalan di bawah Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Krismas (SHMMP) 2023 yang bermula semalam hingga 27 Dis.
Ketua Pegawai Penguatkuasa Negeri KPDN Perlis Farah Adlina Ropaie berkata hasil pemeriksaan terhadap tiga pemborong dan 107 peruncit pada hari pertama skim itu berlangsung semalam, pihaknya mendapati peniaga mematuhi harga maksimum yang ditetapkan itu serta menggunakan penandaan harga berwarna merah jambu pada kesemua barangan tersebut.
Beliau berkata Pejabat KPDN Perlis telah menggerakkan semua pegawai penguat kuasa bagi menjalankan pemeriksaan dan pemantauan di peringkat pemborong dan peruncitan terutama di lokasi strategik seperti pasar awam, pasar tani dan pasar raya di seluruh negeri Perlis.
"Pendekatan ini membolehkan penguatkuasaan dilaksanakan dengan lebih berkesan dan tindakan segera dapat diambil sekiranya berlaku ketidakpatuhan ke atas perundangan yang dikuatkuasakan," katanya kepada pemberita selepas membuat pemeriksaan dan tinjauan mesra SHMPP di sebuah pasar raya di sini hari ini.
Untuk rekod, bagi negeri Semenanjung, sembilan barangan terpilih dikawal di bawah SHMMP itu yang melibatkan kategori barangan seperti daging, sayuran dan barangan kering antaranya daging kambing biri-biri bertulang import, tomato, bawang merah besar import dan bawang kuning besar.
Farah Adlina berkata Pejabat KPDN Perlis juga melaksanakan advokasi secara berterusan kepada peniaga bagi memastikan mereka sentiasa mematuhi perundangan ditetapkan sepanjang pelaksanaan itu berlangsung.
Mengenai bekalan bawang, beliau memaklumkan bekalan bawang mencukupi di negeri itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sambutan Krismas
#kpdn
#musim perayaan
#Perlis
#Farah Adlina Ropaie
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan