awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Ahli Parlimen Britain Dan Norris ditangkap semula atas dakwaan kesalahan seksual
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPDN rampas 13,300 liter diesel bersubsidi di Kedah

Bernama
Bernama
10/02/2024
10:32 MYT
KPDN rampas 13,300 liter diesel bersubsidi di Kedah
Azman berkata pada serbuan kira-kira 11.40 malam itu, pasukan penguat kuasa KPDN Putrajaya turut menahan sembilan lelaki yang mengaku bekerja di kedua-dua premis terbabit. - Gambar fail/Bernama
PUTRAJAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) merampas 13,300 liter minyak diesel bersubsidi dalam dua serbuan Ops Tiris 3.0 di Changlun dan Bukit Kayu Hitam, Kedah, minggu lepas.
Ketua Pengarah Penguat Kuasa KPDN Datuk Azman Adam dalam kenyataan berkata pada serbuan kira-kira 11.40 malam itu, pasukan penguat kuasa KPDN Putrajaya turut menahan sembilan lelaki yang mengaku bekerja di kedua-dua premis terbabit.
"Hasil maklumat awal yang diperolehi, modus operandi sindiket ini adalah mengisi minyak diesel daripada beberapa buah stesen minyak di sekitar Changlun dan Bukit Kayu Hitam dengan menggunakan lori yang telah diubah suai.
" (minyak) dibawa ke lokasi serbuan yang merupakan stor haram sebagai tempat untuk menyimpan dan memindahkan minyak diesel sebelum dijual di pasaran gelap," katanya.
Azman berkata pihaknya turut menyita sebuah lori, beberapa tangki IBC yang berisi minyak diesel, pam bermotor, paip penyambung, beberapa dokumen berkaitan serta peralatan lain yang bernilai keseluruhan RM75,745.
Beliau berkata siasatan lanjut dijalankan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 bagi mengenal pasti individu atau syarikat yang terlibat dalam aktiviti serta rantaian pengedaran selain sumber minyak diesel tersebut.
Jika sabit kesalahan, seseorang individu boleh didenda RM1 juta dan bagi kesalahan berikutannya RM3 juta atau kedua-duanya, manakala bagi syarikat pula, boleh didenda RM2 juta dan RM5 juta bagi kesalahan berulang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kpdn
#seludup diesel
#Bukit Kayu Hitam
#Azman Adam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan