awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lisa BLACKPINK bakal bintangi filem original Netflix baharu
Mangsa cedera akibat gempa bumi Pacitan meningkat kepada 40 orang
TFC gagal bawa bekalan selesa ke Kuala Lumpur
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPDN rampas pemacu pena, kad memori tiruan bernilai RM250,000

Bernama
Bernama
18/04/2025
03:55 MYT
KPDN rampas pemacu pena, kad memori tiruan bernilai RM250,000
Dalam serbuan itu lelaki berumur 25 tahun yang juga pengurus premis turut ditahan bagi membantu siasatan. - KPDN Perak
IPOH: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak merampas pemacu pena serta kad memori tiruan bernilai kira-kira RM255,014 dalam serbuan di sebuah premis di Kawasan Perindustrian Pengkalan di sini pada Rabu.
Pengarahnya Datuk Kamalludin Ismail berkata dalam serbuan itu lelaki berumur 25 tahun yang juga pengurus premis turut ditahan bagi membantu siasatan.
Beliau berkata serbuan dilakukan hasil aduan dan maklumat pemilik cap dagangan dan pemeriksaan dilakukan selepas premis terbabit disyaki membekalkan peralatan terbabit menggunakan cap dagangan secara salah bagi tujuan perdagangan.
"Pengesahan awal oleh wakil pemilik cap dagang mendapati semua pemacu pena dan kad memori yang ditemukan di premis terbabit adalah barang tiruan.
"Kita juga telah menemukan 1,401 unit pemacu pena dan 7,519 kad memori model tiruan dan kes disiasat di bawah Seksyen 102(1) (b) Akta Cap Dagangan 2019," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KPDN Perak
#pemacu pena
#kad memori tiruan
#Ipoh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan