MALAYSIA
KPDN sasar lima kluster reformasi undang-undang dibentang di Parlimen tahun ini
Armizan (foto) berkata tumpuan 2026 adalah menterjemahkan 'blueprints' kepada 'footprints' yang menghasilkan imprints nyata, agar manfaat dasar bukan sekadar diumumkan, tetapi dapat dilihat dan dirasai rakyat. -Gambar fail/Bernama
PUTRAJAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menyasarkan lima kluster reformasi undang-undang dan institusi untuk dibentangkan di Parlimen tahun ini, selari dengan pelaksanaan tahun pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).
Ringkasan AI
Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, langkah berkenaan mencerminkan komitmen berterusan kementerian dalam memperkukuh kawal selia pasaran, melindungi pengguna serta memastikan pertumbuhan ekonomi lebih adil dan mampan.
“Tahun ini, gerak kerja kementerian perlu dipacu ke peringkat pelaksanaan bagi memastikan setiap perancangan benar-benar memaknai aspirasi rakyat.
“Fokus dan hala tuju yang digariskan tidak seharusnya terhenti pada penggubalan blueprints, sebaliknya diterjemah kepada footprints melalui tindakan dan inisiatif di lapangan sebelum menghasilkan imprints yang nyata serta dapat dilihat dan dirasai manfaatnya oleh rakyat,” jelasnya.
Menurut beliau, kluster pertama melibatkan pindaan Akta Persaingan 2010 dan Akta Suruhanjaya Persaingan 2010, dengan tumpuan kepada pemerkasaan peruntukan penyiasatan serta penguatkuasaan.
Langkah itu bertujuan meningkatkan keupayaan Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) dalam membanteras amalan kartel dan monopoli bermasalah secara lebih berkesan.
“Kluster kedua pula membabitkan pindaan Akta Jualan Langsung dan Skim Anti-Piramid 1993 dengan penekanan kepada pengukuhan kawal selia terhadap amalan jualan langsung serta skim pelaburan berisiko.
“Ia bagi melindungi pengguna daripada penipuan dan eksploitasi, di samping memastikan industri berkembang secara beretika dan mampan,” katanya ketika sidang media sempena majlis perutusan hala tuju KPDN tahun 2026, di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, beliau berkata kluster ketiga melibatkan penggubalan atau penambahbaikan undang-undang berkaitan e-dagang di bawah Akta Perdagangan Elektronik 2006, khususnya berhubung akauntabiliti platform e-dagang dan perlindungan pengguna dalam transaksi digital.
Kluster keempat pula menyentuh penggubalan undang-undang berkaitan ‘Lemon Law’ di bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999 bagi memperkukuh peruntukan sedia ada serta mewujudkan prosedur dan mekanisme penyelesaian pertikaian yang lebih terperinci, khususnya melibatkan tuntutan tebus rugi bagi kenderaan baharu.
Sementara itu, kluster kelima melibatkan penggubalan Undang-Undang Harta Alih Kepentingan Bercagar yang bertujuan mewujudkan sistem pendaftaran kepentingan bercagar ke atas harta alih, sama ada ketara atau tidak ketara, sebagai cagaran pinjaman.
Menurut Armizan, langkah tersebut dijangka memudahkan pembiayaan perniagaan dengan menyediakan kejelasan dan keselamatan kepada pemberi pinjaman melalui sistem pendaftaran sukarela yang diselia Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
Tambah beliau, pindaan dan pengenalan undang-undang berkenaan merupakan kesinambungan kepada kajian yang telah dijalankan sejak 2024, melibatkan maklum balas pelbagai pihak berkepentingan termasuk industri, agensi berkaitan, persatuan pengguna, badan bukan kerajaan (NGO) dan ahli akademik.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
Ringkasan AI
- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menyasarkan lima kluster reformasi undang-undang dan institusi untuk dibentangkan di Parlimen tahun ini, seiring dengan pelaksanaan tahun pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).
- Fokus utama reformasi termasuk pindaan undang-undang berkaitan persaingan, jualan langsung, e-dagang, perlindungan pengguna, dan harta alih kepentingan bercagar.
- Langkah ini bertujuan memperkukuh kawal selia pasaran, melindungi pengguna, dan memastikan pertumbuhan ekonomi lebih adil dan mampan.
Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, langkah berkenaan mencerminkan komitmen berterusan kementerian dalam memperkukuh kawal selia pasaran, melindungi pengguna serta memastikan pertumbuhan ekonomi lebih adil dan mampan.
“Tahun ini, gerak kerja kementerian perlu dipacu ke peringkat pelaksanaan bagi memastikan setiap perancangan benar-benar memaknai aspirasi rakyat.
“Fokus dan hala tuju yang digariskan tidak seharusnya terhenti pada penggubalan blueprints, sebaliknya diterjemah kepada footprints melalui tindakan dan inisiatif di lapangan sebelum menghasilkan imprints yang nyata serta dapat dilihat dan dirasai manfaatnya oleh rakyat,” jelasnya.
Menurut beliau, kluster pertama melibatkan pindaan Akta Persaingan 2010 dan Akta Suruhanjaya Persaingan 2010, dengan tumpuan kepada pemerkasaan peruntukan penyiasatan serta penguatkuasaan.
Langkah itu bertujuan meningkatkan keupayaan Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) dalam membanteras amalan kartel dan monopoli bermasalah secara lebih berkesan.
“Kluster kedua pula membabitkan pindaan Akta Jualan Langsung dan Skim Anti-Piramid 1993 dengan penekanan kepada pengukuhan kawal selia terhadap amalan jualan langsung serta skim pelaburan berisiko.
“Ia bagi melindungi pengguna daripada penipuan dan eksploitasi, di samping memastikan industri berkembang secara beretika dan mampan,” katanya ketika sidang media sempena majlis perutusan hala tuju KPDN tahun 2026, di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, beliau berkata kluster ketiga melibatkan penggubalan atau penambahbaikan undang-undang berkaitan e-dagang di bawah Akta Perdagangan Elektronik 2006, khususnya berhubung akauntabiliti platform e-dagang dan perlindungan pengguna dalam transaksi digital.
Kluster keempat pula menyentuh penggubalan undang-undang berkaitan ‘Lemon Law’ di bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999 bagi memperkukuh peruntukan sedia ada serta mewujudkan prosedur dan mekanisme penyelesaian pertikaian yang lebih terperinci, khususnya melibatkan tuntutan tebus rugi bagi kenderaan baharu.
Sementara itu, kluster kelima melibatkan penggubalan Undang-Undang Harta Alih Kepentingan Bercagar yang bertujuan mewujudkan sistem pendaftaran kepentingan bercagar ke atas harta alih, sama ada ketara atau tidak ketara, sebagai cagaran pinjaman.
Menurut Armizan, langkah tersebut dijangka memudahkan pembiayaan perniagaan dengan menyediakan kejelasan dan keselamatan kepada pemberi pinjaman melalui sistem pendaftaran sukarela yang diselia Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
Tambah beliau, pindaan dan pengenalan undang-undang berkenaan merupakan kesinambungan kepada kajian yang telah dijalankan sejak 2024, melibatkan maklum balas pelbagai pihak berkepentingan termasuk industri, agensi berkaitan, persatuan pengguna, badan bukan kerajaan (NGO) dan ahli akademik.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apa yang menjadi tumpuan utama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dalam reformasi undang-undang dan institusi?
A: Tumpuan utama termasuk pindaan undang-undang berkaitan persaingan, jualan langsung, e-dagang, perlindungan pengguna, dan harta alih kepentingan bercagar. - Q: Mengapa KPDN mengambil langkah untuk memperkukuh kawal selia pasaran dan melindungi pengguna?
A: Langkah ini diambil untuk memastikan pertumbuhan ekonomi lebih adil dan mampan serta mencerminkan komitmen berterusan kementerian dalam memperkukuh kawal selia pasaran. - Q: Apa yang dimaksudkan dengan kluster reformasi undang-undang yang melibatkan pindaan undang-undang 'Lemon Law'?
A: Kluster tersebut merangkumi penggubalan atau penambahbaikan undang-undang berkaitan 'Lemon Law' di bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999 bagi memperkukuh peruntukan sedia ada serta mewujudkan prosedur dan mekanisme penyelesaian pertikaian yang lebih terperinci.