awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penduduk bukan warganegara di Malaysia dianggarkan 3.38 juta pada 2025 - DOSM
Transaksi pegawai kanan ATM: Saksi berkemungkinan dipanggil esok - Azam Baki
Russell Brand berdepan dua pertuduhan baharu rogol, serangan seksual di UK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPDN sasar potensi pelaburan RM50 juta di misi perdagangan Indonesia

Bernama
Bernama
25/08/2023
22:15 MYT
KPDN sasar potensi pelaburan RM50 juta di misi perdagangan Indonesia
Misi perdagangan 12 syarikat francais Malaysia ke Indonesia menyasarkan potensi pelaburan bernilai RM50 juta, menurut Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).
JAKARTA: Misi perdagangan 12 syarikat francais Malaysia ke Indonesia menyasarkan potensi pelaburan bernilai RM50 juta, menurut Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).
Dua memorandum persefahaman (MoU) di antara jenama MyeongDong Topokki dan Genius Aulad dengan rakan perniagaan mereka di Indonesia dimeterai bagi pembukaan outlet itu di sini.
"Keseluruhan pelaburan bagi kedua-dua MoU itu bernilai RM7.5 juta," kata Ketua Setiausaha, Datuk Azman Mohd Yusof.
Beliau yang mengetuai delegasi Persatuan Francais Malaysia, melahirkan keyakinan bahawa 12 syarikat tersebut akan memberi pulangan pelaburan kepada negara.
Jenama-jenama yang terlibat dalam misi itu ialah Marrybrown, Globalart, HOME Maths Therapy, Smart Reader Kids, LaundryBar, Q-dees, US Pizza, MY Art Studio, Mokti's, MyeongDong Topokki, Genius Aulad dan Little Caliphs.
Pameran itu menghimpunkan lebih 150 syarikat francais daripada pelbagai negara untuk mempromosikan perniagaan francais mereka.
Azman juga dijadualkan merasmikan outlet ketiga US Pizza di Jakarta, serta melawat outlet MyeongDong Topokki dan Globalart untuk meninjau operasi mereka. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#pelaburan
#syarikat francais
#Malaysia
#Indonesia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan