awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPDN sedia pertimbang tambah bekalan gula di negeri tertentu semasa musim perayaan

Bernama
Bernama
07/06/2023
21:15 MYT
KPDN sedia pertimbang tambah bekalan gula di negeri tertentu semasa musim perayaan
Salahuddin berkata cadangan itu dilihat bersesuaian memandangkan ada negeri yang menghadapi kekurangan bahan itu sesama musim perayaan sebelum ini. - Foto KPDN
SHAH ALAM: Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub sedia mempertimbangkan cadangan untuk menambah bekalan gula di negeri tertentu pada musim perayaan.
Beliau berkata cadangan itu dilihat bersesuaian memandangkan ada negeri yang menghadapi kekurangan bahan itu sesama musim perayaan sebelum ini, ekoran ramai warga kota pulang ke kampung halaman masing-masing.
"Itu kita kena lihat unjurannya dan pegawai saya akan lihat statistik bekalan semasa dan betul saya bersetuju dengan cadangan itu," katanya pada sidang media selepas melakukan sesi pemantauan dan lawatan ke kilang gula Central Sugars Refinery Sdn Bhd (CSR) di sini pada Rabu.
Beliau berharap syarikat CSR dan MSM Malaysia Holdings dapat membantu dalam melaksanakan cadangan tersebut.
"Kita ambil contoh di Johor sekiranya memerlukan 10,000 tan metrik atau di Kelantan perlukan sehingga 13,000 tan metrik.
"Jadi apabila orang ramai balik semasa Raya Haji nanti, peratusan kekurangan bekalan gula itu kita akan sedia tampung dan pemborong boleh simpan dan beli bekalan lebih sikit bagi tampung kekurangan itu," katanya.
Dalam pada itu, Salahuddin meminta orang ramai untuk terus memberi kerjasama dengan melaporkan kepada pihaknya jika terdapat sebarang kekurangan bekalan gula di mana-mana kedai.
"Hantar gambar dan lokasi kedai mana yang tiada bekalan gula itu dan pihak kami akan segera bertindak untuk mendapatkan penjelasan daripada pemborong dan pemilik kedai berkenaan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bekalan gula
#kpdn
#Salahuddin Ayub
#musim perayaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan