awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Grok sertai Gemini dalam inisiatif AI ketenteraan Amerika Syarikat
Personaliti TV Martha Stewart sertai Snoop Dogg sebagai pemilik minoriti Swansea
Samsung perkenal modul memori SOCAMM2 LPDDR5X untuk pelayan AI
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPDN sedia siasat kartel beras - Armizan

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
20/02/2024
06:25 MYT
KPDN sedia siasat kartel beras - Armizan
Armizan berkata, beliau mengalu-alukan sebarang aduan daripada orang awam atau Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM).
PUTRAJAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) sedia menyiasat kewujudan kartel beras.
Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, justeru beliau mengalu-alukan sebarang aduan daripada orang awam atau Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM).
Tegasnya, sekiranya mendapat maklumat, KPDN akan segera menjalankan siasatan lengkap.
“Ada isu-isu yang disebut berkaitan kartel beras, di peringkat KPDN khususnya Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) (mempunyai kuasa untuk menyiasat).
“Kita terbuka sekiranya Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan mempunyai maklumat... pihak tertentu mempunyai maklumat... salurkan kepada MyCC dan kita akan laksanakan siasatan lengkap dalam aspek tersebut.
“Jadi, berkaitan dengan inisiatif penambahbaikan kepada cara industri, pemodenan beras dan sebagainya, saya fikir adalah lebih afdal sekiranya Abang Mat (Datuk Seri Mohamad Sabu) yang menjawab soalan itu,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas selesai Sesi Dialog Prakarsa Pendayaupayaan Pengguna (3P-KPDN) di Putrajaya pada Selasa.
Kenyataan itu adalah respons terhadap kenyataan Perdana Menteri yang berkata cadangan Beras Putih Malaysia Madani boleh menyekat campur tangan kartel dalam industri itu.
Datuk Seri Anwar Ibrahim, seperti dilaporkan Astro AWANI pada Isnin berkata, belum ada sebarang keputusan berhubung pelaksanaan Beras Putih Malaysia Madani.
Tambah beliau, perkara itu akan dibincangkan dalam Jawatankuasa Menangani Harga Makanan dan Kos Sara Hidup, Mesyuarat Khas Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) dalam masa terdekat.
Topic Berkaitan
#kpdn
#kartel beras
#Armizan Mohd Ali
#Beras Putih Malaysia Madani
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan