MALAYSIA
KPDN serbu 6 premis proses minyak pelincir tiruan di Ampang, 42 ditahan
KPDN turut merampas pelbagai jenis barangan antaranya mesin memproses dan membungkus minyak serta minyak pelincir bernilai kira-kira RM1 juta. - Gambar/ Bernama
KUALA LUMPUR: Sebanyak 42 individu termasuk 28 warga asing ditahan dalam serbuan terhadap enam kilang disyaki memproses, membekal dan memasarkan minyak pelincir kenderaan tiruan pelbagai jenama di Kampung Baru Ampang pagi tadi.
Ringkasan AI
Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) Selangor Mohd Zuhairi Mat Radey berkata dalam serbuan pada 10 pagi tadi, pihaknya turut merampas pelbagai jenis barangan antaranya mesin memproses dan membungkus minyak serta minyak pelincir bernilai kira-kira RM1 juta.
Beliau berkata serbuan yang diadakan dengan kerjasama Bahagian Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor dan wakil cap dagangan, dilakukan hasil risikan selama dua bulan terhadap kesemua premis terbabit.
"Enam premis berkenaan terletak berdekatan antara satu sama lain dan masing-masing mempunyai peranan antaranya membuat botol minyak pelincir, memproses dan memasukkan minyak pelincir ke dalam bot, stor penyimpanan dan pejabat urusan.
"Mereka disyaki menggunakan minyak pelincir terpakai yang disuling semula sebelum dicampur dengan minyak pelincir asas dan pewarna tiruan sebelum dibungkus untuk dipasarkan di pasaran tempatan," katanya dalam sidang media di lokasi serbuan di sini hari ini.
Beliau berkata semua yang ditahan disiasat mengikut Akta Cap Dagangan 2019 dan jika didapati bersalah boleh didenda tidak melebihi RM10,000.00 bagi setiap barang-barang yang dipakaikan dengan salah cap dagangan atau dipenjara selama tempoh tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Serbuan terhadap enam kilang di Kampung Baru Ampang menghasilkan tangkapan 42 individu termasuk 28 warga asing yang disyaki terlibat dalam pemprosesan minyak pelincir tiruan pelbagai jenama.
- KPDN Selangor merampas barang bernilai kira-kira RM1 juta termasuk mesin memproses dan membungkus minyak pelincir dalam serbuan yang berlangsung dengan kerjasama polis selepas risikan dua bulan.
- Pelaku disyaki menggunakan minyak pelincir terpakai yang disuling semula, dicampur dengan minyak asas dan pewarna tiruan sebelum dijual di pasaran tempatan, melanggar Akta Cap Dagangan 2019 dengan hukuman boleh didenda hingga RM10,000 atau dipenjara tidak melebihi tiga tahun.