MALAYSIA
KPDN serbu premis hiburan guna lagu tanpa kebenaran hak cipta
Dua pusat hiburan di sekitar bandar raya ini diserbu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak semalam selepas disyaki menggunakan karya hak cipta tanpa kebenaran bagi tujuan komersial. - Foto Sinar Harian
IPOH: Dua pusat hiburan di sekitar bandar raya ini diserbu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak semalam selepas disyaki menggunakan karya hak cipta tanpa kebenaran bagi tujuan komersial.
Pengarahnya Datuk Kamaluddin Ismail berkata sepasukan pegawai dan anggota penguat kuasa KPDN bersama wakil pemilik hak cipta menyertai serbuan tersebut pada kira-kira 6 petang.
Beliau berkata premis hiburan itu menyediakan perkhidmatan karaoke dan hasil serbuan mendapati perisian karya muzik itu melanggar hak cipta di bawah Akta Hak Cipta 1987.
"Pemeriksaan mendapati terdapat set karaoke mengandungi salinan langgaran rakaman filem, bunyi dan lagu yang digunakan bagi tujuan perniagaan manakala wakil pemilik hak cipta turut membuat pengesahan awal terhadap set berkenaan.
"Kesemua peralatan termasuk set karaoke, monitor dan dokumen berkaitan disita untuk siasatan lanjut dengan nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM31,870.00," katanya dalam kenyataan hari ini.
KPDN-HAK CIPTA 2 (AKHIR) IPOH
Kamalludin memberikan amaran keras terhadap mana-mana individu atau syarikat berkaitan supaya sentiasa mematuhi perundangan ditetapkan.
Katanya mana-mana pihak yang melakukan kesalahan berdepan tindakan di bawah Akta Hak Cipta 1987 dan jika sabit kesalahan boleh didenda RM2,000 hingga RM20,000 bagi setiap salinan langgaran atau dipenjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya.
"Bagi kesalahan berulang, denda antara RM4,000 hingga RM40,000 atau penjara sehingga 10 tahun jika sabit kesalahan," katanya.
-- BERNAMA