MALAYSIA
KPDN siasat kenaikan tambang bot laju Menumbok-Labuan
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) sedang menyiasat kenaikan tambang bot laju sebanyak RM3 sehala bagi perjalanan antara Menumbok dan Labuan yang berkuat kuasa sejak 1 Nov lepas. - BERNAMA
LABUAN: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) sedang menyiasat kenaikan tambang bot laju sebanyak RM3 sehala bagi perjalanan antara Menumbok dan Labuan yang berkuat kuasa sejak 1 Nov lepas.
Menterinya Datuk Armizan Mohd Ali berkata siasatan itu dijalankan susulan aduan yang diterima daripada bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Penyu Datuk Limus Jury berhubung notis kenaikan tambang yang dikeluarkan oleh Persatuan Pengusaha Bot-Bot Laju Menumbok kepada pelanggan.
Beliau berkata pihaknya telah mengarahkan bahagian dan agensi di bawah kementerian itu untuk mengambil tindakan segera termasuk melibatkan Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) dan Sektor Barang Kawalan dan Subsidi (SBKS).
"MyCC akan memulakan penyiasatan dari aspek amalan antipersaingan.
"Di bawah Seksyen 4 Akta Persaingan 2010 (Akta 712), sebarang persetujuan antara perusahaan untuk menetapkan harga, tambang atau surcaj melalui pakatan sama ada melalui persatuan atau tidak adalah merupakan perlakuan kartel yang serius," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata perlakuan itu boleh dikenakan penalti kewangan sehingga 10 peratus daripada kutipan hasil syarikat.
"KPDN melalui MyCC mempunyai rekod mengenakan penalti kewangan sebanyak RM687.9 juta terhadap 270 syarikat yang terlibat dalam kartel dan monopoli bermasalah termasuk lima syarikat feri RORO di Langkawi yang telah dikenakan penalti berjumlah RM2.2 juta," katanya.
Armizan menegaskan bahawa KPDN tidak akan berkompromi terhadap sebarang perlakuan sabotaj ekonomi melalui kartel yang menjejaskan kepentingan pengguna serta pemain industri yang bergantung kepada perkhidmatan bot laju.
"KPDN kekal komited memastikan pasaran kekal kompetitif, sihat dan telus demi kesejahteraan pengguna serta kestabilan ekonomi negara," katanya.
Beliau berkata SBKS KPDN juga sedang merujuk kepada Jabatan Laut Malaysia Wilayah Persekutuan Labuan bagi menentukan status perlesenan dan pendaftaran para pengusaha terlibat.
"Pengusaha bot pengangkutan awam berdaftar layak dipertimbangkan subsidi petrol RON95 di bawah Sistem Kawalan Petrol Bersubsidi (SKPS) yang dikawal selia oleh KPDN.
"Oleh itu, adalah tidak wajar bagi pengusaha menaikkan harga tambang dengan alasan kenaikan kos bahan api kerana kerajaan telah menyediakan subsidi," katanya.
Armizan berkata KPDN memandang serius tindakan menaikkan harga tambang itu kerana ia memberikan kesan langsung kepada kos sara hidup rakyat khususnya pengguna yang bergantung kepada perkhidmatan pengangkutan tersebut setiap hari.
-- BERNAMA