awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
Wanita 'terkandas' di KLIA diserah ke Hospital Kajang, miliki kad mental
HTC sasar lancar kaca mata pintar VIVE Eagle di Asia Tenggara awal 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPDN tangani isu birokrasi dalam proses permohonan syarikat perniagaan

Bernama
Bernama
18/01/2023
13:42 MYT
KPDN tangani isu birokrasi dalam proses permohonan syarikat perniagaan
Salahuddin berkata, pentadbiran kerajaan perpaduan serta kestabilan politik yang dirasai kini juga boleh menjadi pemangkin kepada syarikat asing untuk membuka perniagaan di negara ini. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan menangani isu birokrasi dalam proses permohonan syarikat tempatan dan antarabangsa untuk menjalankan aktiviti perniagaan di negara ini.
Menterinya Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata kerajaan fokus kepada usaha menghidupkan suasana perniagaan dalam negara dengan memberi kemudahan berbentuk kelulusan permohonan dan fasiliti kepada komuniti perniagaan.
"Kita pendekkan sebarang isu-isu birokrasi supaya mereka yang datang untuk mendapatkan kelulusan itu selesa dan ini akan menggamit pertumbuhan ekonomi yang lebih baik," katanya kepada pemberita selepas melancarkan bakeri Kafe Paris Baguette di pusat membeli belah Pavilion di sini hari ini.
Menurutnya pentadbiran kerajaan perpaduan serta kestabilan politik yang dirasai kini juga boleh menjadi pemangkin kepada syarikat asing untuk membuka perniagaan di negara ini.
Beliau berkata jumlah modal berbayar terkumpul yang dibawa masuk ke Malaysia oleh syarikat asing pada tahun berkenaan mencatatkan sejumlah RM8.952 bilion.
Sementara itu, merujuk kepada harga siling ayam dan telur ayam dalam negara Salahuddin berkata, harga siling tidak diteruskan apabila bekalannya kembali pulih di pasaran.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#birokrasi
#kpdn
#Salahuddin Ayub
#buka perniagaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan