awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ringgit dibuka hampir tidak berubah berbanding dolar AS didorong sentimen global bercampur-campur
Piala Malaysia: Masih ada 90 minit untuk Negeri Sembilan FC berjuang
SARA untuk Semua disalurkan hari ini, kategori barangan diperluas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPDN Terengganu beri jaminan bekalan makanan tidak terjejas

Nur Fazlizai Ali
Nur Fazlizai Ali
28/12/2023
03:20 MYT
KPDN Terengganu beri jaminan bekalan makanan tidak terjejas
Saharuddin berkata KPDN telah melantik dan membenarkan pemborong dan peruncit terpilih untuk menambah stok bekalan melebihi 30 peratus daripada had simpanan lesen. - Astro AWANI
HULU TERENGGANU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Terengganu memberi jaminan bekalan makanan di negeri itu tidak akan terjejas akibat banjir.
Pengarahnya, Saharuddin Mohd Kia berkata pihaknya sentiasa peka dengan keadaan banjir yang melanda negeri itu dan perancangan awal juga telah dilakukan bagi memastikan bekalan makanan tidak akan terputus.
Katanya bagi menggelakkan permasalah itu berulang, pihaknya juga telah melantik dan membenarkan pemborong dan peruncit terpilih untuk menambah stok bekalan melebihi 30 peratus daripada had simpanan lesen.
"Setakat ini kami tidak ada menerima apa-apa lagi aduan daripada daerah mengatakan ada masalah terputus bekalan dan sebagainya.
"Sebelum ini kami ada terima sebagai contoh di Besut tetapi tahun ini kami belum terima lagi," katanya.
Sementara itu Saharuddin turut mengingatkan sukarelawan mahupun badan bukan kerajaan (NGO) yang ingin menyalurkan bantuan serta keperluan asas kepada mangsa untuk mendapatkan bekalan itu di luar kawasan terjejas.
Katanya ia bagi menggelakkan kekurangan bekalan makanan dan keperluan di lokasi yang dilanda bencana alam itu sehingga menjejaskan penduduk yang terkesan.
Beliau turut menyarankan sukarelawan untuk membuat semakan dengan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri atau daerah terlebih dahulu bagi memastikan barangan yang diperlukan di pusat pemindahan sementara (PPS).
Dapatkan info, ramalan cuaca dan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#monsun timur laut
#banjir
#bekalan makanan
#Saharuddin Mohd Kia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan