awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPDN Terengganu gerakkan 116 penguat kuasa Op Pantau 2023

Bernama
Bernama
25/03/2023
02:50 MYT
KPDN Terengganu gerakkan 116 penguat kuasa Op Pantau 2023
Anggota penguat kuasa KPDN Cawangan Hulu Terengganu menjalankan pemeriksaan di premis sekitar Marang, 24 Mac 2023. - Foto Facebook KPDN Terengganu
MARANG: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Terengganu menggerakkan 116 pegawai dan anggota penguat kuasanya dalam Op Pantau 2023 yang bermula Khamis lepas.
Pengarahnya Saharuddin Mohd Kia berkata mereka turut dibantu 58 pegawai pemantau harga yang akan turun ke semua lokasi termasuk bazar Ramadan, bazar Aidilfitri, pasar awam, pasar tani, pasar raya dan aktiviti jualan dalam talian.
"Kami telah bermula dengan Op Pantau 2023 pada hari pertama puasa dengan tumpuan di bazar Ramadan, pasar awam dan pasar tani.
"Jadi kami harapkan kerjasama daripada peniaga supaya tidak mengambil kesempatan ke atas pembeli dengan meletak harga tinggi yang boleh menyebabkan mereka didenda," katanya selepas pelancaran Bazar Ramadan Rahmah Negeri Terengganu 2023 di Binjai Rendah, di sini.
Sempena pelancaran tersebut, KPDN turut mengagihkan insentif kewangan dalam bentuk e-dompet melalui program Inisiatif Pendigitalan Sektor Peruncitan (ReDI) kepada pengunjung Bazar Ramadan Rahmah Binjai Rendah.
Saharuddin berkata insentif sebanyak RM20 itu disediakan untuk 6,000 pengunjung terawal bagi menggalakkan mereka membuat pembelian tanpa tunai.
"Inisiatif ini hanya ditawarkan di Bazar Ramadan Rahmah Binjai Rendah setiap hujung minggu sepanjang bulan Ramadan.
"Selain pengunjung, inisiatif dalam bentuk e-dompet sebanyak RM30 turut diberikan kepada peniaga di bazar berkenaan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KPDN Terengganu
#Op Pantau 2023
#Saharuddin Mohd Kia
#peniaga
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan