ALOR GAJAH: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) sedang menunggu 'lampu hijau' daripada Kabinet untuk menaik taraf status Bahagian Penguat Kuasa KPDN kepada sebuah jabatan.
Menterinya Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata langkah itu amat penting untuk direalisasikan memandangkan cabaran dihadapi bahagian berkenaan dalam memastikan keterjaminan makanan pasca pandemik COVID-19.
"Dalam tempoh ini semua sedia maklum keterjaminan makanan itu bukan sekadar mesti ada tetapi kawal selia penguatkuasaan (juga mesti seiring).
"Sebagai contoh, untuk kita mengawal barang-barang subsidi daripada terus bolos di sempadan, saya rasa dari segi logistik, kekuatan fizikal dan kekuatan bahagian-bahagian penting seperti risikan, adalah menjadi keperluan buat masa ini dan ia memerlukan kekuatan sebagai sebuah jabatan berbanding bahagian yang ada pada hari ini," katanya.
Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Perbarisan Kawalan Kehormatan sempena Hari Penguat Kuasa KPDN ke-51 dan Tamat Latihan Kursus Asas Sains Penguatkuasa Tahun 2023 di Kem Permata Resort di sini hari ini.
Hadir sama Timbalan Menteri KPDN Senator Fuziah Salleh, Ketua Setiausaha KPDN Datuk Azman Mohd Yusof dan Ketua Pengarah Penguat Kuasa KPDN Datuk Azman Adam.
Salahuddin berkata dengan menaik taraf status daripada bahagian kepada sebuah jabatan, ia juga akan mengangkat martabat kumpulan penguat kuasa kementerian itu sekali gus membantu pasukan berkenaan dalam pelbagai aspek termasuk peruntukan dalam meningkatkan penguatkuasaan.
Beliau berkata ketika ini, KPDN bergantung kepada beberapa agensi keselamatan lain terutama di kawasan sempadan dalam melaksanakan risikan, maka selepas Bahagian Penguat Kuasa dinaik taraf sebagai sebuah jabatan, ia membolehkan Unit Risikan dijadikan sebagai Bahagian Risikan pula.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 17 2023
Salahuddin berkata langkah itu amat penting untuk direalisasikan memandangkan cabaran dihadapi bahagian berkenaan dalam memastikan keterjaminan makanan pasca pandemik COVID-19. - Gambar fail
Sabah FC muncul juara Piala SMJ 2024
Gol tunggal perlawanan hadir pada minit ke-63 menerusi sepakan penalti Ramon Machado yang diberikan pengadil Tuan Mohd Yaasin.
Pantau Belanjawan: Penstrukturan modul TVET, selari arus perubahan industri
Graduan dalam aliran Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) kini, mempunyai potensi besar menjadi tenaga mahir negara dalam pelbagai bidang. Apakah langkah yang boleh diambil untuk memastikan kurikulum bidang TVET dapat memenuhi keperluan industri semasa serta dapat mempersiapkan graduan bagi menghadapi pelbagai cabaran dalam pasaran pekerjaan?
Pemandu maut selepas langgar pintu pagar Rumah Putih
Sebuah kenderaan yang bergerak dengan laju melanggar sebuah pintu pagar Rumah Putih pada Sabtu malam.
[TERKINI] 17 orang diserang kepala air,enam dikhuatiri lemas
Bagi perinciannya, kita bersama Wakil Astro Awani Sabah, Ridzal Abdullah untuk perkembangan situasi terkini.
Pengurus besar sebuah agensi kerajaan antara tiga ditahan di Kelantan - SPRM
Ketiga-tiga pegawai dipercayai ditahan selepas keterangan mereka diambil di Pejabat SPRM di Kota Bharu antara 7.15 dan 8 malam tadi.
25 ditahan dalam operasi bersepadu Polis Kuala Lumpur
Operasi berkenaan melibatkan 12 pegawai dan 147 anggota polis, bermula 10 malam Sabtu dan berakhir 7 pagi Ahad.
Liputan terhadap Israel, perang di Gaza tidak terjejas - Al Jazeera
Editor pengurusan Arab saluran itu, Mohamed Moawad berkata ada kaedah lain yang akan digunakan oleh pasukannya dalam membawakan perkembangan terkini dari tanah Palestin itu.
Kekejaman Zionis: Rundingan gencatan senjata positif - Media Mesir
Kemajuan ketara dicapai dalam rundingan gencatan senjata mengenai konflik Gaza yang berlangsung sejak Sabtu lalu, laporan media Mesir.
Delegasi Hamas tiba di Kaherah, Mesir, pada Sabtu untuk mengadakan rundingan damai dengan pengantara Mesir dan Qatar.
Delegasi Hamas tiba di Kaherah, Mesir, pada Sabtu untuk mengadakan rundingan damai dengan pengantara Mesir dan Qatar.
Fasa pertama bantuan 100 kontena bermula hari ini
Fasa pertama bantuan rakyat Malaysia kepada penduduk Gaza dengan keseluruhan 100 kontena melibatkan barangan keperluan asas bernilai RM12 juta, bermula pada Isnin. Laporan Afiezy Azaman dari Kaherah, Mesir.
Penang FC nyatakan solidariti terhadap Akhyar, Faisal
Pulau Pinang menyatakan solidariti bersama pemain-pemain ini dan berharap mereka dapat menerima rawatan yang sewajarnya dan akan pulih.
Peniaga colek diberi amaran jangan naik harga sewenang-wenangnya
Pemantauan dijalankan pihaknya terutama di premis perniagaan yang tidak meletakkan tanda harga atau mengelirukan pelanggan.
KPDN akan pastikan peruntukan dibelanja tanpa sebarang ketirisan - Armizan
Datuk Armizan Mohd Ali berkata setiap sen daripada peruntukan itu akan disalurkan bagi program-program menangani isu kos sara hidup.
Pembayaran tanpa tunai: Insentif buat peniaga, pengunjung Bazar Rahmah sempena Ramadan - KPDN
Insentif RM50 kepada peniaga yang tawarkan perkhidmatan pembayaran tanpa tunai di lapan Bazar Rahmah di Terengganu sepanjang Ramadan ini.
MyCC sedia siasat unsur kartel dalam industri padi dan beras negara - Armizan
MyCC sentiasa terbuka untuk mengambil tindakan sewajarnya jika maklumat berkaitan perkara itu dapat disalurkan kepada pihaknya.
Sindiket penyelewengan diesel tumpas, lima ditahan
Empat lori lima tan, dua skid tank, 40 unit IBC tank, lima unit pam penyedut dan 44,000 liter cecair disyaki diesel turut disita.
KPDN teruskan penguatkuasaan Op Tiris khusus di bawah Akta 613
Op Tiris dilaksanakan KPDN bagi membanteras penyelewengan dan penyeludupan minyak diesel bersubsidi.
Pembekal belum maklum punca ketiadaan diesel di stesen Petronas Sarawak - KPDN
KPDN Sarawak dalam kenyataan berkata mereka masih lagi menunggu kenyataan rasmi daripada pihak Petronas Dagangan Berhad.
Armizan lahir rasa bangga saksi legasi kecemerlangan kepimpinan Salahuddin
Armian menzahirkan perkara itu ketika memulakan sesi penggulungan perbahasan RUU Perbekalan 2024 bagi kementerian itu di Dewan Negara.
Video tular: Pejabat Timbalan Menteri KPDN lapor polis
"Tulisan tersebut dengan sengaja mengaitkan dan mengaibkan Timbalan Menteri dengan tujuan menyakiti dan memfitnah beliau."
Polis tahan kapal kargo bawa 40,000 liter diesel tanpa permit
Tangkapan dibuat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 setelah kru kapal itu gagal menunjukkan permit atau lesen yang sah dikeluarkan KPDN.