awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 80 ladang babi di Tanjong Sepat telah ditutup setakat ini - Exco
Sempadan Rafah di Gaza akan dibuka semula selepas dua tahun ditutup
JPJ Terengganu keluar 2,351 saman dalam Op Khas Motosikal sepanjang Januari
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPDNHEP cadang meter elektrik dikalibrasi untuk pastikan ketepatan

Bernama
Bernama
29/05/2019
21:00 MYT
KPDNHEP cadang meter elektrik dikalibrasi untuk pastikan ketepatan
Dari segi perspektif pengguna, Saifuddin berharap TNB dapat memperbetulkan keadaan itu dengan segera. - Gambar fail/BERNAMA
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mencadangkan Tenaga Nasional Bhd (TNB) menggunakan meter elektrik yang telah dikalibrasi untuk memastikan ketepatan.
Menterinya Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata ia penting untuk memperbaiki kelemahan serta memastikan kejadian bil elektrik tidak naik mendadak pada masa depan.
"KPDNHEP ada badan kawal selia untuk mengesahkan alat timbang diberi pensijilan. Alangkah baiknya, kalau sistem yang sama diguna bagi penggunaan meter elektrik dan air, jika ia belum ada," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Inspirasi Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) di sini pada Rabu.
BACA: TNB nafi terima arahan naikkan tarif elektrik
Menurut Saifuddin, isu kenaikan bil elektrik mendapat perhatian di mesyuarat Kabinet hari ini, di mana ia turut dibangkitkan sendiri oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Menurutnya, Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Yeo Bee Yin telah memberi penjelasan berhubung isu yang menjejaskan kira-kira 1.7 juta pemilik akaun.
"Yeo turut memaklumkan langkah-langkah pembetulan untuk keadaan itu serta sebab musabab dan punca. Beliau turut mengarahkan TNB mengatasi masalah itu," katanya.
Dari segi perspektif pengguna, Saifuddin berharap TNB dapat memperbetulkan keadaan itu dengan segera.
"Saya percaya TNB punyai kaedah tertentu. Jika pengguna sudah bayar, saya harap TNB bagi rebat pada bil yang akan datang dan keluarkan bil baru bagi pengguna yang belum membayar," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
#kenaikan bil elektrik
#KPDNHEP
#meter elektrik
#meter elektrik dikalibrasi
#Saifuddin Nasution Ismail
#Tenaga Nasional Bhd
#TNB
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan