MELAKA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) hari ini mendedahkan kegiatan sesetengah usahawan yang menyalahgunakan istilah francais dan jualan langsung sebagai jalan mudah untuk mengembangkan perniagaan mereka.
Timbalan Menterinya Datuk Rosol Wahid berkata, walaupun aduan yang diterima tidak banyak, KPDNHEP memandang serius masalah tersebut dengan sebahagian pelaku sudah dikenakan tindakan menurut Akta Francais 1988 serta Akta Jualan Langsung dan Skim Anti-Piramid 1993.
"Begitu juga dengan francaisor yang menekan francaisi mereka. Jadi, jika ada masalah yang timbul termasuk perjanjian yang tidak ditunaikan, segera laporkan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Industri Francais dan Jualan Langsung, Kempen Beli Barangan Malaysia KBBM) dan Program Jualan Malaysia (PJM) 2021 peringkat negeri Melaka di sini.
Berhubung kebimbangan usahawan untuk menceburi bidang francais disebabkan kos yang tinggi, beliau berkata pelaksanaan program Pembangunan Francais Makro dilihat boleh mengatasi isu itu, khususnya bagi golongan B40 dan M40 yang berhasrat menceburi sektor berkenaan.
"Kita telah mengadakan perbincangan bersama pemain industri yang berpotensi untuk menawarkan pakej francais mampu milik yang relevan bernilai RM100,000 ke bawah dan francais mikro bernilai RM50,000 ke bawah.
"Inisiatif ini akan mewujudkan peluang pekerjaan kepada golongan B40 dan M40 di samping menjana pulangan keuntungan kepada francaisor," katanya.
Rosol seterusnya menggesa mereka yang berminat merebut peluang berkenaan memandangkan setakat ini terdapat 11 jenama francais yang menawarkan pakej mikro dan mampu milik, seperti Arjuna Village, Ani Sup Utara, Taska Bonda Mama, KopieSatu, MD Putu Bambu World dan Ayam D' Penyet.
Mengenai program jelajah francais berskala kecil Franchise Bay yang dilancarkan hari ini, beliau berkata program bertujuan memberi pendedahan tentang sistem perniagaan francais yang wujud di negara ini.
"Setakat ini terdapat 1,091 jenama francais yang berdaftar dengan 700 daripadanya adalah jenama tempatan.
"Kementerian menyasarkan sekurang-kurangnya 30 potensi francaisi baharu dengan nilai potensi pelaburan sebanyak RM7.5 juta pada pameran Franchise Bay sepanjang tahun ini yang juga akan diadakan di Terengganu, Johor, Pahang, Selangor, Kedah dan Sarawak," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 03 2021
ROSOL: Jika ada masalah yang timbul termasuk perjanjian yang tidak ditunaikan, segera laporkan. - Gambar fail
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Polis serbu pejabat 'Save the Children' di Guatemala
Polis Guatemala melakukan serbuan mengejut ke atas pejabat-pejabat Pertubuhan Save the Children di pelbagai lokasi di negara itu. Ia bagi mencari bukti dakwaan pertubuhan yang memperjuangkan kebajikan kanak-kanak itu, terlibat dalam jenayah penderaan terhadap golongan itu.
LIMA '25 dianjurkan pada 20-24 Mei tahun depan
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LlMA ‘25) akan dianjurkan pada 20 hingga 24 Mei tahun depan bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Malaysia komited tingkat hubungan dua hala bersama Libya
Malaysia terus komited mempertingkatkan hubungan dua hala yang berterusan bersama Libya demi manfaat bersama dalam pelbagai sektor.
Demi rakyat, Zahid-Muhyiddin henti saman fitnah
Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersepakat untuk menamatkan pertikaian peribadi antara mereka.
Sultan Selangor berangkat ke Majlis Bacaan Yassin di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut di Perak bagi menghadiri Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Khutbah Khas sempena Sambutan Hari TLDM ke-90.
PM Anwar pulangkan elaun Pengerusi Khazanah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau memulangkan elaun sebagai pengerusi Khazanah Nasional Berhad yang diterimanya dan sekali lagi menegaskan tidak menerima gaji bagi jawatan Perdana Menteri yang disandangnya sejak November 2022.
10 Berita Pilihan - (26 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Rombakan Kabinet: Kembali ke KPDN? Saifuddin enggan komen
Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail enggan memberi sebarang komen mengenai desas-desus yang mengatakan beliau akan kembali menerajui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).
Bekalan minyak masak: Ahli perniagaan didakwa 16 pertuduhan kemuka tuntutan palsu
Dia didakwa atas 16 pertuduhan mengemukakan tuntutan palsu berjumlah RM258,426 berhubung pembekalan minyak masak sawit kepada KPDNHEP.
Wanita didenda RM20,000 jual kotak TV android
Seorang wanita didenda RM20,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas mengaku bersalah menjual kotak TV android yang mengandungi kandungan yang tidak dibenarkan.
Naikkan harga gula: "Nangis air mata darah pun saya tak akan kompromi" - Salahuddin
Kerajaan sekali lagi menegaskan tidak akan membuka sebarang ruang kompromi terhadap pihak yang sengaja menaikkan harga jualan gula biasa.
Bekalan makanan negeri terjejas banjir stabil, terkawal - Salahuddin
Bekalan makanan di negeri terjejas banjir masih stabil dan terkawal setakat ini, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub.
KPDN tumpas aktiviti penyelewengan minyak diesel bersubsidi di Telok Panglima Garang
KPDN menumpaskan aktiviti penyelewengan minyak diesel bersubsidi dalam serbuan ke atas sebuah premis di Telok Panglima Garang, Selangor semalam.
Lelaki ditahan seleweng 2,000 liter minyak diesel subsidi
Seorang lelaki yang dipercayai menjalankan kegiatan menyeleweng minyak diesel subsidi ditahan bersama lori dan bahan api membabitkan nilai keseluruhan RM75,817.
KPDNHEP kini dikenali Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup
Peranan utama kementerian itu bertanggungjawab mengharmonikan ekonomi negara.
Akibat kekurangan bekalan, sanggup beli telur 'diselaputi najis'
Exco Pelaburan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna Johor, Lee Ting Han berkata, pembeli membuat aduan dan peniaga terbabit juga telah dipanggil untuk siasatan lanjut.
Harga minyak masak 5 kg kekal RM30.90 bagi tempoh 8 Dis-7 Jan
Harga runcit maksimum minyak masak bagi tempoh 8 Dis 2022 hingga 7 Jan 2023 kekal pada RM6.90 sekilogram, RM13.30 bagi dua kilogram (kg), RM19.60 bagi tiga kg dan RM30.90 bagi lima kg.