awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ribut petir, hujan lebat di enam negeri hingga 7 malam ini
Op Samseng Jalanan, 157 penunggang motosikal ditahan di Dungun
Maritim Malaysia pintas bot 'pom-pom', tahan 80 PATI
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPDNHEP harap Kerajaan Negeri Sarawak bantu tangani isu ayam, telur

Bernama
Bernama
26/02/2022
13:57 MYT
KPDNHEP harap Kerajaan Negeri Sarawak bantu tangani isu ayam, telur
Nanta berkata isu kenaikan kos yang dihadapi pengeluar ternakan itu perlu diselesai bagi mengelakkan rakyat Sarawak berdepan kesulitan mendapatkan bekalan ayam dan telur. - Gambar fail
KUCHING: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna berharap Kerajaan Negeri Sarawak dapat membantu menangani isu kenaikan kos yang dihadapi pengeluar ayam dan telur di negeri itu.
Menteri berkenaan Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata Kerajaan Persekutuan telah menyediakan subsidi berjumlah RM500 juta bagi membantu industri itu menangani kenaikan kos operasi tersebut namun masih belum mencukupi.
"Saya harap cadangan ini boleh dipertimbang oleh kerajaan negeri," katanya kepada pemberita selepas meninjau ladang ternakan ayam milik syarikat CCK di Kampung Buso, Bau yang terletak kira-kira 31 kilometer dari sini hari ini.
Beliau berkata isu kenaikan kos yang dihadapi pengeluar ternakan itu perlu diselesai bagi mengelakkan rakyat Sarawak berdepan kesulitan mendapatkan bekalan ayam dan telur.
Nanta berkata hasil pertemuan dengan pengurusan syarikat ternakan ayam telah membolehkan beliau mendapat maklumat lebih terperinci berhubung kenaikan kos yang dihadapi mereka.
Katanya selain peningkatan harga dedak ayam, pengeluar produk ternakan itu di Sarawak berdepan masalah kekurangan pekerja yang memerlukan kaedah penyelesaian lebih terperinci dengan bantuan kerajaan negeri.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KPDNHEP
#Alexander Nanta Linggi
#Sarawak
#Ayam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan