LANGKAWI: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) memberi jaminan isu kenaikan harga dan kekurangan bekalan ayam di pasaran akan diselesaikan dalam tempoh dua minggu akan datang.
Timbalan Menteri berkenaan Datuk Rosol Wahid berkata kementeriannya bersama Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) telah mengadakan mesyuarat minggu lepas, bagi mencari penyelesaian berhubung isu itu yang dikatakan berlaku di beberapa kawasan.
Menurutnya antara penyelesaian yang dibincangkan termasuk untuk mengimport bekalan ayam dari luar negara, bagi mengatasi kekurangan bekalan di pasaran tempatan selain menstabilkan harganya.
"Sekarang ini masalah bukan sahaja harga mahal, tapi saya difahamkan contohnya di negeri saya di Terengganu banyak kedai tiada bekalan ayam. Kita prihatin dengan masalah ini, jadi kementerian kita bersama MAFI akan mengatasi masalah ini," katanya dalam sidang media selepas merasmikan Kempen Beli Barangan Malaysia peringkat kebangsaan 2021 di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas mengenai isu kenaikan harga ayam yang dilaporkan berlaku terutama di bandar-bandar besar dan langkah kementerian mengatasi masalah itu.
Mengulas mengenai isu bekalan minyak masak peket bersubsidi pula, Rosol berkata pihaknya mengakui terdapat kekurangan bekalan di pasaran disebabkan oleh pihak pembekal tidak dapat mengeluarkan minyak, ekoran tidak mendapat bayaran daripada kerajaan.
Menurutnya, pihak pengeluar minyak masak atau pembekal yang mengeluarkan minyak masak bergantung kepada bayaran itu sebagai modal pusingan, untuk terus mengeluarkan minyak masak berpeket.
"Kita akan cari penyelesaian dengan pihak Kementerian Kewangan (MOF) untuk melunaskan bayaran kepada pengeluar minyak masak ini, berkaitan subsidi minyak masak ini MOF akan menyalurkan dana kepada kita dan kita pula salurkan kepada pembekal," katanya.
Sementara itu, Rosol berkata KPDNHEP telah melanjutkan tempoh sehingga Rabu ini bagi pemilik sebuah restoran di sini yang menjual hidangan siakap berharga RM1,196, untuk memberikan penjelasan kepada kementerian mengenai harga makanan yang dijual di situ.
Menurut, pemilik restoran itu sebelum ini diberikan notis dan perlu menjelaskan harga makanan yang ditawarkan pada Khamis lalu, namun dikatakan tidak memberikan secara terperinci maklumat yang dikehendaki kepada penguatkuasa kementerian.
"Mereka sudah bagi kepada kita sebelum ini tetapi mereka bagi harga secara keseluruhan, oleh itu kita bagi tempoh sehingga Rabu ini untuk mereka berikan maklumat harga upah masak berapa, harga ikan berapa, secara detail," katanya.
Pada 6 Nov lalu, tular di media sosial gambar resit harga makanan terutama hidangan ikan siakap seberat 7.48 kilogram berharga RM1,196, sehingga menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan orang ramai.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 13 2021
KPDNHEP memberi jaminan isu kenaikan harga dan kekurangan bekalan ayam di pasaran akan diselesaikan dalam tempoh dua minggu akan datang. - Gambar hiasan/BERNAMA
Bajir Dubai: UAE masih bergelut selepas ribut
Operasi di lapangan terbang dan hab perjalanan utama kekal terganggu selepas ribut melanda Selasa lalu.
AWANI Pagi: Jom derma darah, jalankan tanggungjawab sosial anda
Awani Pagi bersama Afiezy Azaman & Nursyazwani Saiful Sham membincangkan mengenai kepentingan menderma darah khususnya untuk membantu mereka yang alami masalah darah disebabkan keturunan atau menghidapi kanser darah. Timbalan Pengarah I, Pusat Darah Negara KKM, Dr Tun Maizura Mohd Fathullah mengajak masyarakat di luar sana tampil menyahut seruan murni ini.
Piala Asia B-23: Indonesia ajar Australia cara main bola
Walaupun Australia mendominasi perlawanan pada separuh masa kedua, kehandalan benteng pertahanan Indonesia mudah mematahkan serangan demi serangan.
Situasi terkini letusan Gunung Ruang di Sulawesi
Untuk berkongsi perkembangan terkini letusan Gunung Berapi Ruang, di talian secara Google Meet ialah Feri Ariyanto, komunikasi badan nasional pencarian dan pertolongan (Basarnas) Manado Sulawesi.
Colombia bergelut masalah air, takungan negara kering
Fenomena El Nino melanda di Colombia pada penghujung 2023, menyebabkan suhu tinggi dan kemarau.
Letusan Gunung Ruang: Gelombang tsunami boleh capai 25 meter
Heruningtyas berkata, potensi tsunami ini mengancam di kawasan sebelah barat Pulau Tagulandang.
Iran beri amaran Israel terhadap tindakan ketenteraan lanjut
Iran memberitahu Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) bahawa Israel mesti dipaksa untuk menghentikan sebarang operasi ketenteraan selanjutnya terhadap kepentingan Iran.
Penumpang kecewa penerbangan dibatalkan tanpa notis awal
Beberapa penumpang di Lapangan Terbang Sulawesi, Indonesia merungut penrbangan mereka dibatalkan tanpa notis awal susulan gunung berapi Ruang meletus sejak kelmarin sehingga mengeluarkan abu bahaya ke udara sekali gus membahayakan keselamatan.
Amaran tsunami boleh mencapai 25 meter
Badan Geologi, Kementerian Tenaga dan Sumber Daya Mineral Indonesia mengingatkan potensi tinggi gelombang tsunami yang diakibatkan oleh letusan Gunung Ruang di Kabupaten Sitaro, Sulawesi Utara mencapai 25 meter.
Banjir di Selangor menurun kepada 364 orang
Banjir di Melaka dan Negeri Sembilan pulih sepenuhnya setakat 8 malam tadi selepas kesemua mangsa dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing.
Menurut laporan terkini info Bencana JKM, setakat 6 pagi Jumaat mangsa banjir di Selangor pula sedikit menurun kepada 364 orang pagi ini berbanding 483 yang dilaporkan pada malam Khamis.
Menurut laporan terkini info Bencana JKM, setakat 6 pagi Jumaat mangsa banjir di Selangor pula sedikit menurun kepada 364 orang pagi ini berbanding 483 yang dilaporkan pada malam Khamis.
Rombakan Kabinet: Kembali ke KPDN? Saifuddin enggan komen
Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail enggan memberi sebarang komen mengenai desas-desus yang mengatakan beliau akan kembali menerajui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).
Bekalan minyak masak: Ahli perniagaan didakwa 16 pertuduhan kemuka tuntutan palsu
Dia didakwa atas 16 pertuduhan mengemukakan tuntutan palsu berjumlah RM258,426 berhubung pembekalan minyak masak sawit kepada KPDNHEP.
Wanita didenda RM20,000 jual kotak TV android
Seorang wanita didenda RM20,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas mengaku bersalah menjual kotak TV android yang mengandungi kandungan yang tidak dibenarkan.
Naikkan harga gula: "Nangis air mata darah pun saya tak akan kompromi" - Salahuddin
Kerajaan sekali lagi menegaskan tidak akan membuka sebarang ruang kompromi terhadap pihak yang sengaja menaikkan harga jualan gula biasa.
Bekalan makanan negeri terjejas banjir stabil, terkawal - Salahuddin
Bekalan makanan di negeri terjejas banjir masih stabil dan terkawal setakat ini, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub.
KPDN tumpas aktiviti penyelewengan minyak diesel bersubsidi di Telok Panglima Garang
KPDN menumpaskan aktiviti penyelewengan minyak diesel bersubsidi dalam serbuan ke atas sebuah premis di Telok Panglima Garang, Selangor semalam.
Lelaki ditahan seleweng 2,000 liter minyak diesel subsidi
Seorang lelaki yang dipercayai menjalankan kegiatan menyeleweng minyak diesel subsidi ditahan bersama lori dan bahan api membabitkan nilai keseluruhan RM75,817.
KPDNHEP kini dikenali Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup
Peranan utama kementerian itu bertanggungjawab mengharmonikan ekonomi negara.
Akibat kekurangan bekalan, sanggup beli telur 'diselaputi najis'
Exco Pelaburan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna Johor, Lee Ting Han berkata, pembeli membuat aduan dan peniaga terbabit juga telah dipanggil untuk siasatan lanjut.
Harga minyak masak 5 kg kekal RM30.90 bagi tempoh 8 Dis-7 Jan
Harga runcit maksimum minyak masak bagi tempoh 8 Dis 2022 hingga 7 Jan 2023 kekal pada RM6.90 sekilogram, RM13.30 bagi dua kilogram (kg), RM19.60 bagi tiga kg dan RM30.90 bagi lima kg.