awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Gereja bersejarah Vondelkerk musnah dalam kebakaran malam Tahun Baharu
MediaTek lancar cip Dimensity 7100 untuk peranti 5G mampu milik
Dua kru TLDM terlibat insiden helikopter Super Lynx dirawat di ICU, zon kuning
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPDNHEP minta pengguna lapor jika ada penjualan oximeter palsu

Bernama
Bernama
14/08/2021
13:03 MYT
KPDNHEP minta pengguna lapor jika ada penjualan oximeter palsu
KPDNHEP menasihatkan orang ramai supaya membuat aduan rasmi sekiranya terdapat peniaga yang menjual oximeter (alat untuk mengukur paras oksigen dalam darah) palsu. - Gambar hiasan/BERNAMA
KUALA BERANG: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menasihatkan orang ramai supaya membuat aduan rasmi sekiranya terdapat peniaga yang menjual oximeter (alat untuk mengukur paras oksigen dalam darah) palsu.
Timbalan Menterinya, Datuk Rosol Wahid berkata walaupun pemantauan penjualan alatan berkenaan di bawah bidang kuasa Kementerian Kesihatan namun orang ramai boleh juga melaporkan kepada KPDNHEP.
"Setakat ini kita tak terima laporan rasmi, hanya ada komen warganet tentang penjualan oximeter yang tidak berkualiti di media sosial.
"Tetapi jika ada produk yang palsu atau dijual pada kadar harga sangat tinggi berbanding pasaran, boleh buat laporan kepada pihak kami untuk disiasat dan diambil tindakan di bawah Akta Perdagangan," katanya kepada pemberita selepas program kempen kibar jalur gemilang bersama barisan hadapan dan penerima vaksin di pusat pemberian vaksin (PPV) Sekolah Kebangsaan Kampung Tanggol, di sini hari ini.
Tambah Rosol, beliau juga berharap agar pembeli dapat memberi maklumat secara terperinci seperti nama kedai, lokasi dan resit belian sebagai bukti bagi memudahkan pihak berkuasa mengambil tindakan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#oximeter
#KPDNHEP
#Rosol Wahid
#paras oksigen
#aduan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan