awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
26 sekolah di Sarawak dijangka tidak dapat beroperasi kerana banjir
PAU 2025: UMNO Johor fokus pembangunan, perpaduan dan pengukuhan parti
Pencapaian Aaron-Wooi Yik muncul naib juara bukti kecekalan, disiplin tinggi - TPM Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPDNHEP pastikan perdagangan domestik berkembang pesat - Nanta

Bernama
Bernama
26/08/2022
01:15 MYT
KPDNHEP pastikan perdagangan domestik berkembang pesat - Nanta
KPDNHEP juga akan memastikan pengguna sentiasa dilindungi daripada dimanipulasi oleh peniaga yang tidak bertanggungjawab. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Bahagian Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan memastikan pertumbuhan perdagangan domestik terus berkembang pesat untuk memacu pendapatan isi rumah.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata pada masa sama, pihaknya juga akan memastikan pengguna sentiasa dilindungi daripada dimanipulasi oleh peniaga yang tidak bertanggungjawab.
"Bahagian Penguat Kuasa KPDNHEP terus bertekad untuk memegang amanah serta melaksanakan tanggungjawab dengan sempurna dan cemerlang.
"Cabaran dan dugaan yang dihadapi, akan menjadi dorongan kepada kami untuk memastikan rakyat di negara ini mudah mendapatkan bekalan makanan dan keperluan asas dengan harga yang munasabah," katanya pada Majlis Santapan Malam Sambutan Jubli Emas Bahagian Penguat Kuasa KPDNHEP, di sini, malam tadi.
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut berangkat ke majlis itu.
Hadir sama Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Rosol Wahid dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali.
Nanta berkata penganjuran majlis santapan itu bertujuan memperingati fungsi dan peranan bahagian penguat kuasa berkenaan dalam berkhidmat kepada rakyat dan negara, serta peranan institusi diraja dalam menaungi kerajaan.
Beliau berkata Sambutan Jubli Emas itu dimulakan dengan Majlis Perbarisan dan Program Tamat Latihan Asas Sains Penguat Kuasa pada Julai lepas.
Bahagian Penguat Kuasa KPDNHEP yang ditubuhkan pada 17 April 1972 meraikan ulang tahunnya yang ke-50 tahun pada tahun ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Alexander Nanta Linggi
#KPDNHEP
#perdaganang domestik
#pendapatan isi rumah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan