KLANG: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan memperhebat aktiviti penguatkuasaan bagi membendung jenayah penyeludupan dan penyelewengan minyak masak bersubsidi ke negara jiran.
Menterinya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata pihaknya mengakui kegiatan tersebut aktif berlaku di negeri-negeri yang bersempadan dengan negara jiran termasuk Kedah, Kelantan, Sabah dan Sarawak ekoran harga komoditi tersebut yang tinggi di pasaran dunia.
"Setakat ini rampasan di keempat-empat negeri tersebut bernilai RM1.5 juta dalam tempoh Januari hingga semalam melibatkan 61 kes," katanya pada sidang media selepas mengadakan lawatan di Carsome Certified Lab di sini hari ini.
"KPDNHEP sedang merangka beberapa langkah yang buat masa ini saya masih belum dapat kongsi secara terperinci tetapi untuk makluman, jawatankuasa telah lama dibentuk dan kami kerap bermesyuarat. Oleh itu kami ada langkah-langkah untuk mengesan kegiatan tersebut," katanya.
Menurutnya berbanding harga minyak paket di Malaysia yang dijual RM2.50 sekilogram (kg), bahan tersebut dijual dengan harga jauh lebih tinggi di negara-negara serantau iaitu di Thailand (RM12.60 per kg); Indonesia (RM14.27 per kg); Filipina (RM11.23 per kg) dan Singapura (RM12.33 per kg).
"Kami akui penyeludupan ini bukan perkara baru, namun dulu kegiatan itu tidak ketara sangat sebab beza harga minyak masak bersubsidi dan harga tidak bersubsidi adalah kecil kerana harga pasaran minyak sawit mentah (MSM) yang rendah.
"Namun harga MSM telah naik di antara RM4,000 ke RM5,000 setan dan kejadian penyeludupan kini semakin berleluasa," katanya.
Selain itu, Nanta berkata kerjasama penguatkuasaan terutamanya di kawasan sempadan daratan dan lautan seperti polis, tentera dan pihak kastam diperlukan bagi mematahkan cubaan penyeludupan bahan bersubsidi itu.
Mengenai bekalan minyak masak paket yang didakwa tidak mencukupi di pasaran, beliau berkata buat masa ini sebanyak 60,000 metrik tan diperuntukkan untuk kegunaan yang bersubsidi dan data menunjukkan penduduk Malaysia hanya memerlukan 55,000 metrik tan sahaja.
"Cuma yang kita hadapi sekarang adalah masalah dari segi pengedaran, selain ketirisan dan penyeludupan serta penyelewengan minyak masak ke luar negara, malah minyak masak bersubsidi yang sepatutnya untuk kegunaan isi rumah, dikesan turut diguna oleh para peniaga di restoran," katanya.
Beliau berkata pihaknya akan terus memantau dan mengenakan tindakan undang-undang kepada mereka yang terlibat menyalahgunakan minyak masak bersubsidi.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 06 2022
NANTA: Setakat ini rampasan di keempat-empat negeri tersebut bernilai RM1.5 juta dalam tempoh Januari hingga semalam melibatkan 61 kes. - Gambar fail/BERNAMA
OIC perlu tubuh pasukan pengaman
OIC perlu menubuhkan pasukan pengaman bagi menangani isu-isu berbangkit seperti penindasan ke atas rakyat Palestin.
Kekejaman zionis: PM Mustafa bentuk kabinet baharu Palestin
Perdana Menteri Palestin, Mohammad Mustafa membentuk kabinet baharu di mana beliau juga akan berkhidmat sebagai Menteri Luar.
Kekejaman zionis: ICJ arah Israel ambil tindakan atasi kebuluran di Gaza
Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) sebulat suara mengarahkan Israel untuk mengambil semua tindakan yang perlu dan berkesan untuk memastikan bekalan makanan asas tiba tanpa berlengah-lengah kepada penduduk Palestin di Gaza.
Pakaian dalam wanita Palestin jadi bahan gurauan tentera Israel
Ini sekali gus mencipta rekod visual yang sumbang tentang perang di Gaza ketika kebuluran yang semakin meruncing.
PM Mustafa bentuk kabinet baharu Palestin
Kabinet baharu itu menjadikan gencatan senjata serta-merta dan pengunduran Israel dari Gaza sebagai keutamaan.
Tokoh Wartawan Negara, Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia
Ahmad Rejal, 84, merupakan bekas Ketua Pengarang Bernama dan bekas Pengarang Kumpulan Berita Harian.
97 peratus api berjaya dipadam di tapak pelupusan sampah Kayu Madang
Secara keseluruhan 97.25 peratus daripada 45.7 hektar kawasan yang terbakar meliputi tempat pembuangan tayar terpakai sudah dipadamkan.
16 kereta, tiga rumah rosak ditimpa pokok akibat hujan lebat di KL
Dalam semua kejadian berkenaan tiada mangsa dilaporkan cedera.
Tragedi Easter: 45 maut, bas terbabas, terbakar
Kesemua yang meninggal dunia itu dilaporkan dalam perjalanan menuju perhimpunan Easter.
Pengasas FTX, Sam Bankman-Fried dipenjara 25 tahun
Bankman dituduh mencuri AS$8 bilion daripada pelanggan dan pelabur syarikat pertukaran mata wang kripto FTX yang kini telah muflis.
Rombakan Kabinet: Kembali ke KPDN? Saifuddin enggan komen
Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail enggan memberi sebarang komen mengenai desas-desus yang mengatakan beliau akan kembali menerajui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).
Bekalan minyak masak: Ahli perniagaan didakwa 16 pertuduhan kemuka tuntutan palsu
Dia didakwa atas 16 pertuduhan mengemukakan tuntutan palsu berjumlah RM258,426 berhubung pembekalan minyak masak sawit kepada KPDNHEP.
Wanita didenda RM20,000 jual kotak TV android
Seorang wanita didenda RM20,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas mengaku bersalah menjual kotak TV android yang mengandungi kandungan yang tidak dibenarkan.
Naikkan harga gula: "Nangis air mata darah pun saya tak akan kompromi" - Salahuddin
Kerajaan sekali lagi menegaskan tidak akan membuka sebarang ruang kompromi terhadap pihak yang sengaja menaikkan harga jualan gula biasa.
Bekalan makanan negeri terjejas banjir stabil, terkawal - Salahuddin
Bekalan makanan di negeri terjejas banjir masih stabil dan terkawal setakat ini, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub.
KPDN tumpas aktiviti penyelewengan minyak diesel bersubsidi di Telok Panglima Garang
KPDN menumpaskan aktiviti penyelewengan minyak diesel bersubsidi dalam serbuan ke atas sebuah premis di Telok Panglima Garang, Selangor semalam.
Lelaki ditahan seleweng 2,000 liter minyak diesel subsidi
Seorang lelaki yang dipercayai menjalankan kegiatan menyeleweng minyak diesel subsidi ditahan bersama lori dan bahan api membabitkan nilai keseluruhan RM75,817.
KPDNHEP kini dikenali Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup
Peranan utama kementerian itu bertanggungjawab mengharmonikan ekonomi negara.
Akibat kekurangan bekalan, sanggup beli telur 'diselaputi najis'
Exco Pelaburan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna Johor, Lee Ting Han berkata, pembeli membuat aduan dan peniaga terbabit juga telah dipanggil untuk siasatan lanjut.
Harga minyak masak 5 kg kekal RM30.90 bagi tempoh 8 Dis-7 Jan
Harga runcit maksimum minyak masak bagi tempoh 8 Dis 2022 hingga 7 Jan 2023 kekal pada RM6.90 sekilogram, RM13.30 bagi dua kilogram (kg), RM19.60 bagi tiga kg dan RM30.90 bagi lima kg.