awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Salji sebabkan kesesakan lalu lintas di Paris, utara Perancis
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Gajah mengamuk bunuh enam orang di timur India
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPDNHEP rekod 57 kes sepanjang Deepavali

Bernama
Bernama
19/11/2020
11:58 MYT
KPDNHEP rekod 57 kes sepanjang Deepavali
Nanta berkata sepanjang pelaksanaan SHMMP Deepavali 2020, sebanyak 15,653 pemeriksaan dijalankan ke atas premis perniagaan di seluruh negara melibatkan 651 pemborong dan 15,002 peruncit.
PUTRAJAYA:Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah mengambil 57 tindakan undang-undang terhadap peniaga yang melakukan kesalahan sepanjang Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Deepavali 2020 pada 9 hingga 17 Nov lalu.
Menterinya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata daripada jumlah itu, lima kes melibatkan kesalahan menjual barangan melebihi harga maksimum dan 52 lagi kerana gagal meletakkan tanda harga.
"Jumlah sitaan bernilai RM3,697.96 dan kompaun sebanyak RM8,100," katanya dalam kenyataan hari ini.
Nanta berkata sepanjang pelaksanaan SHMMP Deepavali 2020, sebanyak 15,653 pemeriksaan dijalankan ke atas premis perniagaan di seluruh negara melibatkan 651 pemborong dan 15,002 peruncit.
Sepanjang tempoh itu juga, KPDNHEP menerima tiga aduan berkaitan SHMMP, katanya.
Sebanyak 20 jenis barangan harga terkawal diwartakan dalam SHMMP Deepavali tahun ini, yang merupakan tahun ke-16 pelaksanaannya sejak 2004, katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KPDNHEP
#SHMMP
#Deepavali
#2020
#Alexander Nanta Linggi
#operasi
#skim kawalan harga
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan