awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki didakwa edar methamphetamine
PM Anwar, KSI bincang kerjasama strategik selari agenda MADANI
Kes dera di Saratok: Pegawai JKM, kaunselor ditempatkan di hospital - Nancy
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPDNHEP Sandakan kerjasama dengan SPRM cegah ketirisan minyak paket

Radhi Muslim
Radhi Muslim
14/07/2022
09:06 MYT
KPDNHEP Sandakan kerjasama dengan SPRM cegah ketirisan minyak paket
Kerjasama antara KPDNHEP dan SPRM Sandakan bagi memastikan pengilang tidak menjual minyak masak bersubsidi kepada individu tidak berlesen atau bersekongkol dengan sindiket penyelewengan. - Astro AWANI.
SANDAKAN: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Cawangan Sandakan merancang untuk mengadakan taklimat advokasi pencegahan bersama pemborong dan pemilik kilang pembungkus minyak masak bersubsidi di daerah ini.
Ketua Pegawai KPDNHEP Cawangan Sandakan Azdy Zukkry John berkata, bagi tujuan itu pihaknya akan menjalin kerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) cawangan Sandakan bagi melaksanakan taklimat tersebut.
Menurutnya, bagi memastikan barangan kawalan khususnya yang bersubsidi diterima dan sampai kepada sasaran, kita bercadang untuk mengadakan taklimat advokasi yang akan dikendalikan oleh SPRM Sandakan.
“Kita mensasarkan kepada pemegang Lesen Barang Kawalan (CSA) dan pengilang-pengilang minyak masak paket bersubsidi di daerah ini untuk menyertai taklimat ini,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan media, pada Khamis.
Azdy berkata, taklimat itu juga bagi memastikan para pengilang tidak menjual minyak masak bersubsidi kepada individu tidak berlesen atau bersekongkol dengan sindiket penyelewengan.
Katanya, menerusi taklimat itu juga, para pengilang atau pemegang CSA dapat memperkasakan lagi integriti dikalangan pemain industri.
Pada kunjungan hormat itu, Azdy turut memberi penerangan dan cara pelaksanaan kepada Program Prihatin Keluarga Sandakan termasuk cara penghantaran dan agihan bekalan barang perlu khususnya minyak masa paket bersubsidi oleh enam pemborong dilantik.
Selain itu, Azdy turut diberi penerangan bagaimana untuk menyalurkan maklumat sekiranya berlaku penawaran rasuah kepada pegawai-pegawai KPDNHEP Sandakan selain perbincangan mengenai fungsi dan tugas SPRM dan KPDNHEP.
“SPRM Sandakan turut bersedia untuk memberikan khidmat nasihat kepada para pegawai KPDNHEP sekiranya perlu,” katanya.
Topic Berkaitan
#minyak masak
#KPDNHEP
#SPRM
#Sandakan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan