awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Neelofa ‘belanja’ wajah Bilal
Pasukan keselamatan Pakistan bunuh 145 pejuang di Balochistan selepas siri serangan berdarah
Iran dan AS akan adakan perbincangan nuklear Jumaat ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPDNHEP teliti cadangan GLC sebagai syarikat pembungkus minyak masak

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
25/07/2022
03:45 MYT
KPDNHEP teliti cadangan GLC sebagai syarikat pembungkus minyak masak
Jelas Datuk Rosol Wahid, kerajaan masih meneruskan Program Skim Penstabilan Harga Minyak Masak (COSS) iaitu subsidi minyak masak peket dengan harga jualan runcit RM2.50 sekilogram - Foto fail
KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan menilai cadangan agar syarikat berkaitan kerajaan (GLC) diberi tanggungjawab sebagai pembungkus minyak masak peket bersubsidi bagi mengurangkan aktiviti ketirisan atau penyeludupan.
Timbalan Menterinya, Datuk Rosol Wahid berkata, setakat ini sekurang-kurangnya 14 syarikat pembungkus minyak masak telah ditarik balik lesen dan dihadapkan ke mahkamah kerana kegiatan penyeludupan minyak masak ke negara jiran.
"Peranan GLC untuk menjadi pembungkus kepada minyak ini (minyak masak peket) kita cuba lihat bagaimana cara untuk memastikan mereka ini boleh menyumbang kepada (mengurangkan) masalah ketirisan dan kebocoran minyak masak ke luar negara," katanya pada sesi Pertanyaan Lisan di Dewan Rakyat hari ini.
Rosol (Bersatu-Hulu Terengganu) menjawab soalan tambahan Datuk Ahmad Jazlan Yaakub (BN-Machang) yang mahukan penjelasan berhubung indeks ketirisan, jumlah kouta syarikat yang ditarik bagi kerana menyeleweng minyak mayak bersubsidi serta peranan GLC sebagai pembungkus minyak masak peket.
Sebelum itu, Ahmad Jazlan mengajukan soalan sama ada kerajaan bercadang meneruskan subsidi minyak masak tulen botol sehingga penghujung tahun ini.
Menjawab pertanyaan tersebut, Rosol berkata penamatan subsidi minyak masak sawit tulen dalam botol tidak bermaksud kerajaan tidak prihatin terhadap bebanan rakyat berikutan kos barangan mentah yang mengalami kenaikan mendadak.
Jelas beliau, kerajaan masih meneruskan Program Skim Penstabilan Harga Minyak Masak (COSS) iaitu subsidi minyak masak peket dengan harga jualan runcit RM2.50 sekilogram.
Topic Berkaitan
#Subsidi minyak masak peket
#seleweng minyak masak
#KPDNHEP
#harga minyak masak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan