awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
Wanita 'terkandas' di KLIA diserah ke Hospital Kajang, miliki kad mental
HTC sasar lancar kaca mata pintar VIVE Eagle di Asia Tenggara awal 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPDNHEP teruskan libat urus bersama MAFI, pastikan isu harga ayam tidak berlarutan

Bernama
Bernama
06/04/2022
15:45 MYT
KPDNHEP teruskan libat urus bersama MAFI, pastikan isu harga ayam tidak berlarutan
Rosol berkata siasatan akan dijalankan di semua peringkat, melibatkan daripada pengeluar ayam dari ladang ternakan sehingga kepada pengguna. - Gambar fail
SEPANG: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan terus mengadakan sesi libat urus dengan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) bagi memastikan isu kenaikan harga ayam tidak berlarutan sehingga menjelang hari raya.
Timbalan Menterinya Datuk Rosol Wahid berkata beliau terkejut dengan perkembangan terkini apabila beberapa negeri dilaporkan masih mengalami kekurangan bekalan ayam dan telur, sedangkan MAFI sudah beri jaminan bekalan tidak akan terjejas sepanjang Ramadan.
"Saya juga bimbang isu ini akan berterusan sehingga menjelang hari raya, jadi kita akan pantau dan mengadakan sesi libat urus berterusan dengan MAFI sebagai pihak yang menjaga bekalan makanan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Ops Pantau Bazar Ramadan di Bazar Ramadan Taman Putra Perdana, Puchong di sini hari ini.
Beliau berkata siasatan akan dijalankan di semua peringkat, melibatkan daripada pengeluar ayam dari ladang ternakan sehingga kepada pengguna.
"Kalau didapati ada peningkatan (di mana-mana peringkat), kita akan pertimbangkan sama ada untuk menghantar surat saman atau kompaun (kepada pihak terbabit)," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KPDNHEP
#bekalan ayam
#MAFI
#Rosol Wahid
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan