awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKNJ laksana mobilasi pegawai perubatan kontrak tangani kekurangan di hospital
Tiada aktiviti kuari, pencemaran Teluk Akuan akibat hujan lebat - Exco Perak
Empat cedera kemalangan dua kenderaan lepas Banjaran Titiwangsa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPDNKK bakal perkenal minyak masak botol 1kg bersubsidi

Hilal Azmi
Hilal Azmi
12/11/2016
13:13 MYT
KPDNKK bakal perkenal minyak masak botol 1kg bersubsidi
HAMZAH: Saya sudah jumpa beberapa pembekal minggu lalu untuk bincang hal ini dan saya akan buat pengumuman lain apabila semuanya telah siap sedia.
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan memperkenalkan minyak masak bersubsidi di dalam botol berisipadu satu liter dalam masa terdekat.
Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata ia adalah bagi memberi pilihan serta terdapat permintaan daripada pengguna untuk membeli minyak masak.
Namun, katanya harganya mungkin lebih memandangkan kos pembotolan yang perlu ditanggung pengguna.
“Minyak masak dalam botol semestinya lebih mahal daripada dalam plastik memandangkan kos pembotolan lebih tinggi berbanding menggunakan plastik.
“Saya sudah jumpa beberapa pembekal minggu lalu untuk bincang hal ini dan saya akan buat pengumuman lain apabila semuanya telah siap sedia,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Forum Pengguna Islam 2016 anjuran Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) di sini hari ini.
Dalam majlis sama, Datuk Seri Hamzah turut mengumumkan pihaknya akan memberi peruntukkan sebanyak lima juta ringgit kepada koperasi kendalian Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) yang bakal ditubuhkan.
Selain itu, PPIM turut menyampaikan resolusi kepada Datuk Seri Hamzah untuk sama-sama memerangi isu along yang banyak memberi kesan kepada pengguna di Malaysia.
Forum Pengguna Islam 2016 dihadiri hampir 1,000 peserta yang membawakan dua sesi forum yang membincangkan tajuk ‘Kaya atau Miskin: Takdir atau Pilihan?’ dan juga ‘Tipu Pengguna: Buru Sampai Lubang Cacing!’ yang dikendalikan oleh Datuk Dahlan Maamor.
Turut hadir, Presiden Dewan Perdagangan Islam Malaysia, Tan Sri Muhammad Ali Hashim, Pengerusi Yayasan Basmi Kemiskinan, Datuk Zainal Abidin Sakom, Presiden Transparency International Malaysia, Datuk Akhbar Satar dan Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan.
Topic Berkaitan
#Hamzah Zainuddin
#KPDNKK minyak masak bersubsidi
#minyak masak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan