awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Latvia lapor kerosakan kabel dasar laut di Laut Baltik
Menteri Luar Norway sokong kedaulatan Denmark susulan Trump kembali berminat terhadap Greenland
Indonesia zahir kebimbangan terhadap perkembangan terkini di Venezuela
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPDNKK jamin bekalan barangan kawalan menjelang Hari Raya mencukupi

Arfa Yunus
Arfa Yunus
05/07/2013
09:02 MYT
KPDNKK jamin bekalan barangan kawalan  menjelang Hari Raya mencukupi
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) memberi jaminan tidak akan berlaku kekurangan bekalan barang kawalan menjelang Hari Raya Puasa tahun ini.
Timbalan Menteri KPDNKK, Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, pihaknya sedang memastikan bekalan keperluan seperti gula dan minyak masak sampai kepada pengguna.
“Kami berharap orang ramai tidak panik kerana bekalan memang mencukupi cuma proses penghantaran mengambil sedikit masa terutama di kawasan-kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak,” kata Ahmad Bashah.
Menurut beliau, situasi ini bukan berada pada tahap kritikal dan kelewatan proses penghantaran tidak melebihi dua hari.
“Kami telah minta bahagian penguatkuasaan untuk membuat tinjauan bukan sahaja di Sabah dan Sarawak, malah di seluruh negara untuk memastikan tidak berlaku kekurangan bekalan barang kawalan menjelang Hari Raya Puasa,” kata beliau.
Beliau menambah pihak KPDNKK akan melancarkan satu operasi harga barang-barang kawalan di seluruh negara bermula esok bagi memastikan para peniaga mematuhi harga yang ditetapkan.
Beliau berkata demikian semasa merasmikan Pesta Tilam Berjenama Antarabangsa Malaysia ke-9 anjuran Harvey Norman di Mutiara Damansara hari ini.
Topic Berkaitan
#Ahmad Bashah Hanipah
#barang kawalan
#bekalan
#Hari Raya Puasa
#KPDNKK
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan