awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Shah Firdaus tidak sertai ACC 2026
LHDN kesan RM1.4 bilion pendapatan tidak dilapor hasil semakan e-Invois
Ahli Parlimen Filipina pertimbang usul pemecatan terhadap Presiden Marcos
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPDNKK rampas diesel subsidi RM32,400

Bernama
Bernama
24/10/2012
03:42 MYT
KPDNKK rampas diesel subsidi RM32,400
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) cawangan Shah Alam merampas 18,000 liter diesel bersubsidi bernilai RM32,400 dari sebuah gudang di kawasan perindustrian Seksyen 33, Bukit Kemuning Shah Alam semalam.
Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNKK Selangor, Othman Nawang berkata dalam serbuan pukul 2.30 petang itu pihaknya turut menyita sebuah tangki statik dan sebuah lori tangki, kedua-duanya dianggarkan bernilai RM70,000, berisi diesel itu diletakkan di gudang berkenaan.
"Pihak penguatkuasa melakukan risikan dan intipan sejak sebulan lepas sebelum bertindak menyerbu gudang itu.
"Daripada maklumat diterima, mereka yang terlibat dengan aktiviti haram ini menggunakan lori tangki mengambil diesel bersubsidi dari stesen minyak berdekatan di kawasan Klang dan Shah Alam untuk disimpan di gudang sebelum diedar kepada pihak ketiga.
"Namun, tiada sebarang tangkapan dibuat pada serbuan kali ini," katanya kepada pemberita di gudang berkenaan.
Othman berkata jumlah keseluruhan diesel bersubsidi dirampas kali ini adalah sedikit disebabkan mereka yang menyeleweng ini menyedari kehadiran anggota penguatkuasa lalu mengeluarkan sebahagian besar bahan itu daripada gudang tersebut.
Beliau berkata pihaknya mengesyaki aktiviti haram diesel di Seksyen 33 ini berlaku hampir setiap hari sejak kira-kira lima bulan lepas.
Katanya, kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 yang jika sabit kesalahan, boleh dihukum denda maksimum RM100,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali bagi individu terlibat, manakala syarikat pula dendanya tidak melebihi RM250,000.
Topic Berkaitan
#diesel
#KPDNKK
#Malaysia
#rampas
#sorok
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan