MALAYSIA
KPDRM agih dividen berjumlah RM36.14 juta, tertinggi sejak 97 tahun

Razarudin berkata, agihan dividen tersebut merekodkan kadar tertinggi dalam sejarah penubuhan KPDRM selama 97 tahun. - Foto/Astro AWANI/Shahir Omar
KUALA LUMPUR: Koperasi Polis Diraja Malaysia (KPDRM) Berhad mengumumkan agihan dividen tahunan sebanyak 5.8 peratus atas modal yuran, dan 9.2 peratus atas modal syer (saham), dengan jumlah keseluruhan RM36.14 juta bagi tahun kewangan 2024.
Ringkasan AI
- KPDRM Berhad mengumumkan agihan dividen tertinggi dalam sejarahnya, iaitu 5.8% atas modal yuran dan 9.2% atas modal syer, dengan jumlah keseluruhan RM36.14 juta bagi tahun kewangan 2024.
- Prestasi kewangan koperasi mencatatkan keuntungan RM50.14 juta, meningkat daripada RM45.02 juta pada tahun 2023, dipengaruhi oleh pertambahan keanggotaan serta peningkatan pemilikan modal yuran dan syer.
- Aktiviti pembiayaan kepada anggota turut meningkat, dengan RM612 juta pembiayaan diluluskan bagi tahun 2024, menunjukkan pertumbuhan positif dalam pengurusan kewangan koperasi.
“Sepanjang 97 tahun usia koperasi, inilah julung-julung kalinya, pemberian dividen sangat lumayan diagihkan kepada anggota KPDRM,” katanya mengumumkan agihan dividen ketika Mesyuarat Agung Perwakilan KPDRM Berhad ke-90 di ibu negara pada Jumaat.
Hadir sama merasmikan mesyuarat tersebut ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim; dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Berucap lanjut, Razarudin memaklumkan KPDRM Berhad mencatatkan prestasi keuntungan berjumlah RM50.14 juta bagi tahun 2024, berbanding RM 45.02 juta pada tahun 2023.
Jelas Yang Dipertua KPDRM itu lagi, perkembangan positif berkenaan dipengaruhi oleh peningkatan jumlah keanggotaan berdaftar KPDRM Berhad daripada 114,608 orang pada tahun 2023, kepada seramai 119,922 orang pada tahun 2024, melibatkan pertambahan seramai 5,314 orang.
Tambah beliau pemilikan Modal Yuran turut meningkat kepada RM586.6 juta pada tahun 2024 berbanding RM558 juta pada tahun 2023.
“Ini peningkatan 4.9 peratus bersamaan RM28.6 juta. Begitu juga pemilikan Modal Syer, meningkat 11 peratus bersamaan RM2.9 juta daripada RM20.5 juta pada tahun 2023, kepada RM23.04 juta pada tahun 2024,” kata Razarudin.
Dalam pada itu, aktiviti pembiayaan kepada anggota turut meningkat, dengan sejumlah RM612 juta pembiayaan diluluskan pada tahun 2024, berbanding RM590 juta pada tahun 2023, iaitu peningkatan sebanyak 3.63 peratus.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami