awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jabatan Kehakiman AS dedah lebih tiga juta dokumen baharu kes Epstein
Trump lantik Kevin Warsh terajui Rizab Persekutuan AS
Wartawan Don Lemon ditahan berhubung liputan protes ICE di Minnesota
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPHL Kluang jadi penanda aras tangani konflik gajah-manusia seluruh negara - Exco

Bernama
Bernama
30/10/2025
20:45 MYT
KPHL Kluang jadi penanda aras tangani konflik gajah-manusia seluruh negara - Exco
Ling berkata, KPHL tersebut melibatkan 15 penempatan yang sering terkesan di daerah berkenaan dengan setiap lokasi akan disertai sekurang-kurangnya 10 ahli komuniti.
KLUANG: Komuniti Perlindungan Hidupan Liar (KPHL) di Kluang yang diwujudkan bertujuan menangani konflik gajah-manusia akan dijadikan penanda aras sekali gus diperluas ke seluruh negara sekiranya ia dilihat berjaya.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, Ling Tian Soon berkata, KPHL tersebut melibatkan 15 penempatan yang sering terkesan di daerah berkenaan dengan setiap lokasi akan disertai sekurang-kurangnya 10 ahli komuniti.
Beliau berkata, berikutan KPHL tersebut merupakan yang pertama di negara ini, pihak Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) sama ada di peringkat pusat mahupun negeri akan menjadikan ia sebagai contoh keberkesanan pelaksanaannya.
"Johor, terutamanya di daerah Kluang sememangnya mempunyai isu atau konflik gajah-manusia yang tinggi dan tahun ini sahaja terdapat 52 kes. Idea kita untuk melibatkan penduduk bagi menanganinya telah dipersetujui di peringkat pusat malah mereka akan menjadikan ia sebagai rintis.
"Sokongan Perhilitan di peringkat pusat adalah dengan membekalkan beberapa peralatan untuk menghalau atau menakutkan gajah yang memasuki kawasan penempatan seperti gas cannon dan beberapa kelengkapan lain," katanya kepada pemberita selepas Majlis Peluncuran KPHL peringkat Daerah Kluang, di sini, pada Khamis.
Ling berkata, bagi Perhilitan di peringkat negeri pula, mereka akan mengadakan kursus khas kepada komuniti KPHL yang terlibat agar latihan mencukupi diperoleh, termasuk apabila berhadapan dengan haiwan liar tersebut.
Beliau menambah, selain Kluang, terdapat tiga lagi daerah di Johor yang berisiko dan sering dikaitkan dengan konflik gajah-manusia iaitu Kota Tinggi, Mersing dan Segamat.
"Hingga hujung tahun ini, kita akan lihat sejauh mana keberkesanan KPHL di Kluang, dan kita juga merancang untuk mengadakannya di Kota Tinggi serta daerah lain termasuk kes terpencil seperti di Batu Pahat dan Kulai," katanya.
Selain itu, beliau berkata, antara usaha lain bagi mengurangkan konflik tersebut ialah dengan melakukan translokasi gajah, manakala usaha jangka panjang pula mewujudkan 'bank makanan' untuk gajah dengan 21 lokasi telah dikenal pasti bagi tujuan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Perhilitan
#Komuniti Perlindungan Hidupan Liar
#KPHL
#konflik gajah-manusia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan