KUALA LUMPUR: KPJ Healthcare Berhad memperkenalkan VSI Holomedicine berdaya 5G pertama di Malaysia menerusi Persidangan KPJ Healthcare Kali Ke-24 baru-baru ini.

Persidangan yang bertemakan Transformasi Penjagaan Kesihatan: Mengimaginasi Semula dan Mentakrif Semula diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Ia turut menghimpunkan pakar-pakar industri dalam sektor penjagaan kesihatan tempatan dan antarabangsa membincangkan berkenaan evolusi dan penyepaduan teknologi baharu dalam penjagaan
kesihatan seperti artificial intelligene (AI), automasi, robotik dan precision medicine.


Menurut Presiden dan Pengarah Urusan KPJ Healthcare, Chin Keat Chyuan, paksi KPJ Healthcare kini berteraskan teknologi dan inovasi kesihatan dipacu oleh Ai.

"Teknologi, inovasi dan penjagaan kesihatan dipacu AI ialah kompas kami, membimbing kami ke arah masa depan yang lebih cerah, lebih cekap dan lebih mesra pengguna.

"Sebagai peneraju dalam sektor penjagaan kesihatan swasta, adalah menjadi tanggungjawab kami untuk terus memacu transformasi ini dengan menyesuaikan diri, berinovasi, dan menyediakan penjagaan kesihatan bermutu tertinggi." katanya dalam satu kenyataan

Selain itu, persidangan tersebut menyaksikan pengenalan usaha Malaysia ke dalam bidang VSI
Holomedicine yang didayakan oleh teknologi 5G; yang merupakan pencapaian hasil kerjasama KPJ Healthcare dan apoQlar.

Kerjasama ini turut disokong oleh Digital Nasional Berhad (DNB), Microsoft, TM One dan National University Health System (NUHS).

Kerjasama itu turut meneroka penggunaan mixed reality technology dengan menggunakan platform VSI HoloMedicine oleh apoQlar untuk meningkatkan kualiti perancangan pembedahan, pendidikan pesakit dan latihan perubatan.

"KPJ Healthcare berusaha untuk memberikan kemudahan kepada para pesakit dan pakar-pakar
perubatan serta berusaha untuk terus mencapai kemajuan yang luar biasa sebagai sebahagian
daripada misi pentakrifan semula kami demi merevolusikan penyampaian penjagaan kesihatan
kami,

"Kami telah melengkapkan fasa perintis teknologi Holomedicine® VSI di hospital utama kami,
Hospital Pakar Damansara 2, dan kami kini merancang untuk melancarkan teknologi VSI
HoloMedicine dengan lebih meluas di seluruh hospital kami yang terletak di seluruh negara pada tahun akan datang," katanya lagi.

Mengulas mengenai kerjasama itu, Ketua Pegawai Eksekutif apoQlar, Sirko Pelzl berkata, kerjasama bersama KPJ itu penting untuk mencapai kecemerlangan dalam sektor kesihatan.

"Kami berharap untuk terus bekerjasama dengan KPJ dan rakan kongsi untuk menggunakan 5G, artificial intelligence’ (AI) dan Microsoft Azure dan mengembangkan pelaksanaan VSI HoloMedicine di dalam fasiliti Hospital Pakar KPJ.

"Kerjasama ini adalah sangat penting untuk mencapai kecemerlangan dalam menyampaikan penjagaan pesakit berkualiti tinggi," jelas beliau.