awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPKM kumpul maklumat petani terjejas banjir - Mohamad Sabu

Bernama
Bernama
08/12/2023
06:10 MYT
KPKM kumpul maklumat petani terjejas banjir - Mohamad Sabu
Mohamad berkata setakat ini banjir yang berlaku baru-baru ini, tidak menjejaskan bekalan makanan negara. - Gambar fail
BACHOK: Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) sedang mengumpul maklumat mengenai golongan petani yang terkesan akibat banjir yang berlaku baru-baru ini.
Menterinya Datuk Seri Mohamad Sabu berkata selepas maklumat dikumpul, pihaknya akan memperincikan jenis bantuan yang boleh disalurkan.
"Pegawai-pegawai kita ada di setiap daerah untuk ambil maklumat.
"Itu rutin terutama di Pantai Timur pada setiap kali banjir berlaku," katanya pada sidang media, di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Mohamad berkata setakat ini banjir yang berlaku baru-baru ini, tidak menjejaskan bekalan makanan negara.
"Setakat ini bekalan mencukupi lagipun sekarang baru 8 Dis kalau nak tahu kesan banjir selalunya kita tunggu sampai pertengahan Januari," katanya.
-- BERNAMA
Dapatkan info, ramalan cuaca dan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Mohamad Sabu
#KPKM
#banjir
#petani terjejas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan