awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPKT akan bantu Johor selesai isu penempatan semula 10,301 rumah setinggan

Bernama
Bernama
03/12/2023
12:27 MYT
KPKT akan bantu Johor selesai isu penempatan semula 10,301 rumah setinggan
Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan membantu menyelesaikan isu penempatan semula 10,301 unit rumah setinggan, di Johor. - BERNAMA
JOHOR BAHRU: Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan membantu menyelesaikan isu penempatan semula 10,301 unit rumah setinggan, di Johor.
Timbalan Menterinya Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata jawatankuasa khas bagi membincangkan isu itu telah ditubuhkan, dan akan dipengerusikannya bersama Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor Datuk Mohd Jafni Md Shukor.
Beliau berkata antara jalan penyelesaian termasuklah, kerajaan negeri menyediakan sejumlah unit Projek Perumahan Rakyat (PPR) kepada penduduk setinggan, terutama yang berada di tepi sungai dan kerap dilanda banjir kilat.
"Memang ada lebih kurang dalam 10,301 setinggan di Johor, cuma perkara ini akan diperhalusi dalam jawatankuasa khas yang kami berdua akan pengerusikan bersama.
"Jadi, kita akan bersama-sama mencari jalan bagaimana untuk mengurangkan masalah setinggan ini di Johor," katanya ketika diminta mengulas mengenai isu penempatan setinggan di Johor.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Penyerahan PPR Cahaya Senibong, Permas Jaya, di sini hari ini.
Akmal Nasrullah berkata daripada 10,301 unit rumah setinggan, terdapat sebanyak 8,793 unit rumah setinggan di daerah Johor Bahru, sekali gus mencatatkan jumlah tertinggi.
Beliau pada masa sama menjelaskan, terdapat 21 projek PPR telah dan sedang dilaksanakan di Johor, merangkumi 13 projek telah siap melibatkan 11,595 unit, manakala enam projek masih dalam pembinaan, dengan 2,830 unit dan dua projek dalam perancangan membabitkan 900 unit.
Sementara itu, Mohd Jafni berkata keutamaan penempatan semula penduduk setinggan ke PPR, akan melalui proses yang ketat dan keutamaan diberikan kepada rakyat Johor yang berada dalam senarai menunggu.
Beliau berkata rumah penduduk setinggan yang telah melalui proses pemindahan, juga akan segera dirobohkan bagi memastikan ia tidak diduduki semula.
Terdahulu, PPR Cahaya Senibong yang mempunyai 400 unit rumah itu, dibina di atas tanah berkeluasan tiga hektar dengan keseluruhan peruntukan sebanyak RM85.8 juta daripada kerajaan Persekutuan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KPKT
#isu penempatan semula
#rumah setinggan
#Johor
#Akmal Nasrullah Mohd Nasir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan