Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan membayar pampasan bagi 24 projek Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) yang dibatalkan, kata Menterinya Zuraida Kamaruddin.
Beliau berkata nilai pembayaran pampasan itu bergantung kepada nilai tanah bagi kawasan terlibat.
"Kebanyakan tanah tersebut telah dibeli oleh KPKT. Cuma ada yang telah dibuat surat tawaran pada ketika itu, iaitu mereka telah buat kerja-kerja awal. Perkara itu kita akan lihat. Kalau ada kerja telah dilakukan kita akan beri pampasan.
"Tanah-tanah ini kurang baik iaitu tidak strategik seperti jauh dan tiada pasaran, kita nak pulangkan semula ataupun kita memberi pampasan. Jadi kita dapati tanah bagi projek ini tidak produktif, kita lihat ke depan apa yang boleh diusahakan dengan tanah tersebut," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan majlis penyerahan pelitup muka tiga lapisan bagi kawasan Parlimen Ampang di Dewan Kampung Sri Tanjung, Kampung Melayu Ampang hari ini.
Zuraida menjelaskan projek (PR1MA) diselaraskan bawah sistem Jabatan Perumahan Nasional, iaitu termasuk Perumahan Penjawat Awam Malaysia (PPAM) dan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB).
"Dalam menyelaraskan ini, kita nak pastikan bahawa tidak ada kerugian selanjutnya dan kita ambil tanah yang baik untuk kita bangunkan. Pendekatan bagi PR1MA ini untuk kurangkan kerugian. Pastinya kita tidak akan untung dengan projek ini. Apa yang kita sedangkan lakukan adalah minimium kerugian," katanya.
Sebelum ini Zuraida memaklumkan sebanyak 24 projek PR1MA dibatalkan, bagaimanapun, daripada keseluruhan 94 projek itu, 70 masih diteruskan.
Sementara itu Zuraida yang juga merupakan Ahli Parlimen Ampang berkata pihaknya menerima empat tan kain perca daripada Kumpulan Jakel untuk dijadikan 'pelitup muka kitar semula' yang akan diagihkan kepada pelajar sekolah rendah di kawasan Parlimen Ampang dan seluruh negeri Selangor.
Beliau berkata pihaknya menyasarkan sebanyak 50,000 keping pelitup muka fabrik itu untuk diagihkan kepada murid sekolah rendah dalam kalangan B40 bermula dengan kawasan Parlimen Ampang.
"Selain itu pihak saya turut membantu suri rumah dengan membayar upah jahit pelitup muka tersebut dengan harga RM2 sekeping. Setakat ini bagi kawasan saya, terdapat 40 tukang jahit pelitup muka dan sasarannya adalah 200 tukang jahit di seluruh Selangor," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 18 2020
Zuraida berkata nilai pembayaran pampasan itu bergantung kepada nilai tanah bagi kawasan terlibat. -Gambar fail
Haiwan peliharaan, terbiar juga boleh diserang strok haba
Bahang cuaca panas lazimnya memberi kesan kepada anjing, kucing dan arnab.
Threads kini mempunyai lebih 150 juta pengguna bulanan
Pengguna telah mula lebih bergiat berkongsi melalui Threads, dan ada yang telah mula hanya menggunakan Threads semata menggantikan Twitter.
Freedom Flotilla to Gaza: Ketegasan Malaysia sekat kapal Israel wajar dicontohi
Walaupun usaha itu dilihat kecil namun ia mampu memberi tekanan kepada rejim Zionis dan menjadi contoh kepada komuniti global.
Juruterbang bomba dihantar ke UAE jalani latihan tambahan secara simulasi
JBPM telah diberikan peruntukan sebanyak RM800,000 untuk menghantar kesemua 17 juruterbang ke negara terbabit.
Lebih 14,000 aduan diterima menerusi aplikasi MYJalan setakat ini - Ahmad Maslan
KKR juga telah menyelesaikan 86 peratus daripada 3,766 aduan diterima menerusi aplikasi itu setakat ini.
AWANI Pagi: Apa Erti Sebenar Cakna Autisme?
Bulan Kesedaran Autisme disambut setiap tahun pada bulan April, untuk meningkatkan kesedaran umum berkenaan diagnosis tersebut. Sejauh mana cakna masyarakat mengenai autisme setakat ini? Ikuti diskusinya dalam Awani Pagi 7.30 pagi Khamis bersama Afiezy Azaman & Azib Zikry.
KPT salur bantuan pendidikan, pengecualian yuran IPT anak mangsa nahas helikopter
KPT melalui PTPTN akan menyalurkan sebanyak RM1,000 seorang kepada 21 anak mangsa nahas dua helikopter yang terhempas di Lumut.
[LAPOR LANGSUNG] Freedom Flotilla to Gaza: Kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
FFC mengesahkan sudah melengkapkan segala keperluan bagi membolehkan misi pelayaran Jumaat ini.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua keperluan sudah dilengkapkan, kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
Ia termasuk keperluan teknikal dan 'crewing' yang merujuk kepada proses menyediakan dan menguruskan ahli kru.
Freedom Flotilla to Gaza: Ideologi Nelson Mandela wajar dicontohi dalam misi capai keamanan - Cucu
Menurut Manlda Mandela, datuknya pencinta keamanan dan bukan seorang pendendam walaupun selepas berjaya mengalahkan rejim apartheid.
KPKT akan bayar pampasan 24 projek PR1MA yang dibatalkan - Zuraida
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan membayar pampasan bagi 24 projek Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) yang dibatalkan, kata Menterinya Zuraida Kamaruddin.