KUALA LUMPUR: Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) berhasrat untuk mewujudkan kerjasama pintar bersama Majlis Agama Islam dan Istiadat Melayu Perak (MAIPk) bagi projek pemasangan lampu solar diod pemancar cahaya (LED) di beberapa kawasan di sekitar Kuala Kangsar.
Menterinya Nga Kor Ming berkata projek rintis menggunakan peruntukan KPKT dan dana waqaf MAIPk, akan memberi manfaat kepada penduduk Kuala Kangsar yang berhadapan kesukaran untuk melalui jalan mempunyai kurang pencahayaan pada waktu malam memandangkan lampu jalan sedia ada tidak mencukupi.
"Katakanlah KPKT salurkan RM1 juta (peruntukan) dan MAIPk juga akan sediakan dana wakaf RM1 juta. Itu kita gunakan untuk pemasangan semua lampu solar LED di sekitar kawasan penempatan penduduk yang gelap gelita di Kuala Kangsar, menggunakan peruntukan dari KPKT dan dana wakaf MAIPk.
"Dengan RM2 juta ini, kita menjangkakan boleh pasang antara 300 hingga 400 lampu solar LED, terutama yang menggunakan teknologi solar terang dan tidak perlu membayar bil elektrik," katanya kepada Bernama dalam satu temubual eksklusif, baru-baru ini.
Nga berkata inisiatif tersebut dijangka akan dimulakan sebelum sambutan Aidilfitri tahun ini selain turut menyatakan hasrat untuk mempersilakan Sultan Perak Sultan Nazrin Shah bagi berangkat mencemar duli merasmikan projek berkenaan.
"Ini betul-betul sangat berkesan. Bayangkan dalam satu kampung semua lampu solar sahaja, tidak perlu membayar bil elektrik dan ia adalah tenaga hijau," katanya.
Justeru, beliau berkata sekiranya projek rintis itu berjaya dilaksanakan, KPKT akan menjadi kementerian pertama yang bekerjasama dengan Majlis Agama Islam bagi inisiatif tersebut, dan akan memperluaskannya ke seluruh negara.
Nga dalam pada itu berkata, kementerian turut bercadang untuk mengenal pasti pasar awam berpotensi untuk dibangunkan sebagai pusat kraf dan kreatif serta destinasi pelancongan.
Contohnya, beliau berkata KPKT telah meluluskan peruntukan RM24 juta untuk pembangunan semula Pasar Besar Bukit Mertajam, Pulau Pinang dengan mengadakan pertandingan reka bentuk pasar awam anjuran Pertubuhan Arkitek Malaysia (PAM).
Katanya, PAM akan memilih reka bentuk pasar awam terbaik untuk dibina di kawasan tersebut dengan memiliki ciri-ciri yang berpotensi dibangunkan sebagai destinasi pelancongan.
"Jika projek rintis ini berjaya, maka saya menjangkakan dalam masa 20 tahun, semua pasar awam baharu yang kita bina akan ada piawaian tersendiri," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 07 2023

Nga berkata, inisiatif pemasangan lampu LED solar sekitar Kuala Kangsar dijangka dimulakan sebelum sambutan Aidilfitri tahun ini. - Gambar fail

KADA pertimbang jenama sendiri bagi beras Kelantan
Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) mempertimbangkan usaha untuk memperkenalkan jenama sendiri bagi beras keluaran Kelantan.
Presiden Iran gesa perluas kerjasama serantau perangi keganasan
Beliau melahirkan rasa dukacita terhadap kejadian-kejadian terbabit, sambil menegaskan tumpuan diberikan kepada segala usaha untuk memastikan keamanan, keselamatan dan ketenangan di rantau terbabit.

Keluang Man takluk Stadium Nasional Bukit Jalil, suara emas Krisya bergema
Stadium Nasional Bukit Jalil bergema dengan sorakan susulan kemunculan Nas-T sebagai Keluang Man dan Krisya, penyanyi runut bunyi filem Keluang Man.
Rusia sedia berunding dengan Ukraine tanpa prasyarat
Menurut jurucakap Presiden, Dmitry Peskov, Putin telah berulang kali menyatakan perkara tersebut bahawa mereka sedia menjalankan perbincangan.
Hamas setuju bebaskan semua tebusan
Sumber itu menyifatkan rundingan tersebut sebagai "sangat penting" untuk memajukan usaha menamatkan perang di Gaza.
Selangor teliti wajibkan mesin AED di tempat awam
Kerajaan Selangor sedang meneliti garis panduan dan berbincang dengan pihak berkaitan dalam usaha mewajibkan penyediaan alat Defibrilator Luaran Automatik (AED) di kawasan awam dan tumpuan umum.
KBS fokus usaha lawan ketagihan, masalah mental
Penggunaan produk rokok elektronik bukan sahaja membawa kepada masalah ketagihan tetapi juga masalah mental.

Dua NADI sedang dalam pelaksanaan di Sabah - Fahmi
Sebanyak dua lagi Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) sedang dalam pelaksanaan di Sabah, menjadikan jumlah keseluruhan 132 NADI di negeri ini.
AWANI Ringkas: Ketagihan vape & masalah mental
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Penyokong 'hooligan' perlu ubah sikap - Hannah
Segelintir penyokong bola sepak yang hadir ke stadium dengan hasrat untuk mencetuskan kekecohan perlu mengubah sikap mereka, kata Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh.

Permaisuri Agong berkenan ziarah Makam Diraja Bukit Chandan di Kuala Kangsar
Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah hari ini berkenan berangkat ke Makam Diraja Al-Ghufran Bukit Chandan, Kuala Kangsar di Perak.

TMM: 125 tahun Jambatan Victoria, kerja baik pulih diperlukan
Banyak lampu yang dipasang sebelum ini bagi keselamatan dan kemudahan penduduk sekitar jambatan itu, kini tidak lagi berfungsi.

Rumah, dua kereta musnah dijilat api di Kuala Kangsar
Dalam kejadian kira-kira 5.56 petang itu, rumah terbakar 90 peratus, manakala dua kereta masing-masing terbakar 70 peratus dan 40 peratus.

BAS.MY Ipoh dilancar, tambahan laluan ke Kuala Kangsar, Kampar - Loke
Kemudahan bas henti-henti BAS.MY Ipoh dilancar hari ini di bawah Program Transformasi Bas Berhenti-henti (SBST).

Daerah Kuala Kangsar catat kes jenayah siber tertinggi - MCPF
Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Perak memaklumkan daerah Kuala Kangsar mencatatkan jumlah jenayah siber paling tinggi di negeri ini berbanding daerah lain.

Mayat lelaki tanpa pengenalan diri ditemukan di Kuala Kangsar
Mayat seorang lelaki tanpa pengenalan diri ditemukan orang awam di Sungai Kampung Punti, Padang Ampang dekat Kuala Kangsar hari ini.

Pelepasan air di Empangan Chenderoh terkawal - TNB
Tenaga Nasional Berhad (TNB) memberi jaminan pelepasan air dari Empangan Chenderoh di Kuala Kangsar dilakukan secara terkawal dan terancang.

Banjir: Tiga PPS dibuka di Pahang
Fasa peralihan monsun yang sedang berlaku menyaksikan Pahang menjadi negeri terbaharu dilanda banjir apabila tiga pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka.

Treler muatan kereta terbakar di Lebuhraya Utara Selatan, tiga kenderaan musnah
Pihak JBPM Perak menerima panggilan mengenai kejadian itu kira-kira jam 12.26 pagi.

'Lihat jasad isteri dan anak tidak lagi bernyawa'
Sakinah yang bekerja sebagai Penolong Pegawai Teknologi Maklumat di Pusat Kegiatan Guru Manong dalam perjalanan menghantar anaknya ke sekolah.