awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPKT cadang khidmat masyarakat sehingga 12 jam kesalahan buang sampah - Nga

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
18/02/2025
11:59 MYT
KPKT cadang khidmat masyarakat sehingga 12 jam kesalahan buang sampah - Nga
Nga berkata, pelaksanaan hukuman akan dikuatkuasa di bawah pindaan Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672), Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133). - Foto KPKT
KUALA LUMPUR: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bercadang untuk melaksanakan perintah khidmat masyarakat sehingga 12 jam bagi kesalahan pembuangan sampah kecil melalui pindaan undang-undang.
Menterinya, Nga Kor Ming berkata, pelaksanaan hukuman itu akan dikuatkuasakan di bawah pindaan Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672), Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133).
Beliau memberitahu, sekiranya individu berkenaan gagal mematuhi perintah berkenaan, maka boleh dikenakan denda RM2,000 hingga RM10,000.
Ketika ini, hukuman sedia ada hanya memperuntukkan denda RM500 hingga RM2,000 atau penjara sehingga setahun.
"Aktiviti pembersihan yang akan dilaksanakan di bawah perintah khidmat masyarakat ini merupakan sumbangan balik pesalah kepada alam sekitar yang dapat memberikan manfaat dan seterusnya menyokong hasrat kerajaan dalam mewujudkan negara yang lebih bersih, indah dan sejahtera," katanya dalam kenyataan di sini, pada Selasa.
Mengulas lanjut, Kor Ming menjelaskan, selain itu pelaksanaan perintah khidmat masyarat itu adalah bertujuan untuk meningkatkan kesedaran serta mendidik masyarakat supaya peka terhadap kebersihan dan tidak membuang sampah kecil di kawasan awam dengan sewenang-wenangnya.
Susulan itu kata beliau, KPKT mengadakan sesi taklimat khas mengenai cadangan tersebut kepada Ahli Dewan Rakyat dan Ahli Dewan Negara di Parlimen pada Selasa untuk memberi penerangan mengenai pindaan, penggubalan akta yang dicadangkan serta implikasinya.
Topic Berkaitan
#Dewan Rakyat
#Dewan Negara
#perintah khidmat masyarakat
#buang sampah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan