awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hukuman penjara 30 tahun dua lelaki culik ahli perniagaan wanita kekal
APG 2025: Tiada ruang kesilapan buat Bonnie buru emas di Thailand
Perdagangan Malaysia lepasi paras RM3 trilion walaupun berdepan ketidaktentuan global - MATRADE
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPKT guna pendekatan guna semula adaptif tangani premis kedai terbiar

Bernama
Bernama
20/01/2026
12:15 MYT
KPKT guna pendekatan guna semula adaptif tangani premis kedai terbiar
Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Datuk Aiman Athirah Sabu bercakap pada Kamar Khas Mesyuarat Pertama, Penggal Kelima Parlimen Kelima Belas di Bangunan Parlimen hari ini. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) merancang menggunakan pendekatan guna semula secara adaptif terhadap premis kedai terbiar kepada fungsi yang lebih relevan supaya dapat memanfaatkan sepenuhnya ruang bandar.

Ringkasan AI
  • KPKT merancang pendekatan guna semula premis kedai terbiar untuk fungsi lebih relevan di kawasan Lembah Beringin, Bukit Beruntung, dan Hulu Selangor, yang kini digunakan sebagai tempat penempatan pendatang tanpa izin.
  • Isu premis terbiar disebabkan oleh ketidakpadanan penawaran dan permintaan komersial, perubahan ekonomi setempat, pembangunan terdahulu yang tidak seimbang, dan kekurangan aktiviti ekonomi tarikan.
  • Tindakan bersepadu termasuk penggunaan semula premis terbiar sebagai pusat komuniti, ruang perusahaan mikro, dan pusat latihan kemahiran, serta penstrukturan perancangan pembangunan untuk mengelakkan lebihan premis kedai pada masa depan.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Aiman Athirah Sabu berkata Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia) memberi perhatian terhadap isu premis kedai terbiar, terutamanya di kawasan Lembah Beringin, Bukit Beruntung dan Hulu Selangor, yang kini dijadikan sebagai tempat penempatan pendatang tanpa izin dan lokasi kegiatan tidak bermoral.
"Isu premis terbiar dikenal pasti berpunca daripada ketidakpadanan penawaran dan permintaan komersial, perubahan corak ekonomi setempat, pembangunan terdahulu yang tidak berfasa serta kekurangan aktiviti ekonomi berdaya tarikan," katanya pada sesi Kamar Khas di Dewan Rakyat, hari ini.
Beliau menjawab soalan Mohd Hasnizan Harun (PN-Hulu Selangor) yang ingin tahu keperluan dan tindakan KPKT dalam menangani isu premis kedai terbiar.
Aiman Athirah berkata antara tindakan bersepadu yang boleh dilaksanakan termasuk penggunaan semula premis terbiar untuk dijadikan sebagai pusat komuniti, ruang perusahaan mikro dan pusat latihan kemahiran, tertakluk kepada kelulusan pihak berkuasa tempatan (PBT).
Beliau berkata KPKT juga akan memperketat kawalan perancangan pembangunan serta menilai keperluan sebenar pembangunan komersial baharu supaya tidak berlaku lebihan bekalan premis kedai pada masa depan, selaras dengan unjuran penduduk dan aktiviti ekonomi semasa.
"Kita boleh hidupkan semula kawasan itu dengan memperkasakan aktiviti ekonomi setempat, menggalakkan perusahaan berskala kecil dan sederhana melalui sokongan keusahawanan, insentif sewaan serta penglibatan agensi berkaitan seperti SME Corp, Majlis Amanah Rakyat dan pihak swasta bagi mewujudkan permintaan sebenar terhadap ruang komersial sedia ada," katanya.
Pada masa sama, Aiman Athirah berkata KPKT telah melaksanakan pelbagai inisiatif dan strategi bagi memastikan premis-premis bawah seliaan PBT dimanfaatkan sepenuhnya oleh peniaga tempatan.
Ini termasuk penyediaan prasarana yang lebih baik, pemberitahuan dan makluman mengenai kekosongan gerai, tawaran sewa percuma selama setahun, penyewaan kepada penjaja tidak berlesen yang memerlukan ruang perniagaan serta pembatalan sewaan terhadap peniaga yang tidak beroperasi dalam tempoh ditetapkan bagi membolehkan penawaran semula kepada peniaga baharu yang berpotensi.
Beliau memberi jaminan KPKT sentiasa menyokong cadangan pelaksanaan berkaitan isu premis kedai terbiar melalui kerjasama Kerajaan Negeri Selangor dan Ahli Parlimen Hulu Selangor bagi menangani isu keselamatan dan sosial serta membuka peluang pembangunan modal insan dan ekonomi setempat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KPKT
#Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
#pendekatan guna semula adaptif
#premis kedai terbiar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan