KUALA LUMPUR: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) melalui Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia) menjalin kerjasama dengan pelbagai kementerian, agensi kerajaan Persekutuan dan negeri bagi memastikan Rancangan Fizikal Negara Keempat (RFN4) dilaksanakan secara menyeluruh.
Ketua Setiausaha KPKT Datuk M Noor Azman Taib berkata kementerian dan agensi Persekutuan berperanan menterjemah dan melaksanakan strategi yang digariskan dalam RFN4 menerusi bentuk tindakan dan program supaya ia dapat dilaksanakan secara lebih berkesan oleh agensi pelaksana di peringkat negeri serta pihak berkuasa tempatan (PBT).
Beliau berkata selaras dengan agenda utama KPKT iaitu Malaysia Berdaya Huni, RFN4 telah digubal untuk memandu hala tuju strategik perancangan dan pembangunan fizikal negara.
"Dasar-dasar yang digubal di dalam RFN4 diperkukuh dengan mengambil kira aspek perancangan keselamatan negara, penambahbaikan infrastruktur digital, pembangunan dan pemajuan pintar, karbon neutral, jaminan makanan serta komuniti yang inklusif dan berdaya huni," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Diskusi Agenda Nasional: Ke Arah Pembangunan Bandar Makmur, Berdaya Tahan dan Sejahtera di sini pada Selasa yang bertujuan memperkasakan pelaksanaan RFN4 melalui kolaborasi pihak kementerian dan agensi di peringkat Persekutuan.
Turut hadir Ketua Pengarah Perancangan Bandar dan Desa Dr Alias Rameli, pegawai-pegawai kementerian, jabatan dan agensi berkaitan, wakil PBT serta perunding-perunding perancangan bandar.
M Noor Azman berkata RFN4 juga memberi penumpuan kepada tindakan mengekalkan kawasan kompleks hutan sedia ada dan kepentingan untuk memastikan ketersambungan landskap hutan melalui pemeliharaan rangkaian ekologi bagi menjamin kemandirian hidupan liar pada masa depan dan memelihara fungsi ekosistem serta meningkatkan daya tahan landskap habitat semula jadi.
"Selaras dengan tindakan tersebut, kementerian melalui PLANMalaysia telah menjalankan kajian semula Pelan Induk Rangkaian Ekologi Central Forest Spine (CFS) 2020 yang bermatlamat memastikan rangkaian kawasan hutan Semenanjung Malaysia dan biodiversiti negara dipelihara secara lebih berkesan dan berdaya laksana," katanya.
Beliau berkata RFN4 juga merangka tindakan yang melibatkan peranan dan kerjasama kementerian dan agensi bagi memastikan pengurusan dan daya tahan risiko bencana alam dapat dijalankan dengan lebih berkesan dalam bentuk adaptasi dan langkah pencegahan jangka panjang.
Katanya dokumen Rancangan Fizikal Negara (RFN) sering dijadikan rujukan negara luar seperti Kemboja, Indonesia dan Thailand sekali gus membuktikan kaedah dan pendekatan perancangan spatial yang dilaksanakan negara berjaya sehingga dijadikan contoh di peringkat negara-negara ASEAN.
Selain RFN, M Noor Azman berkata PLANMalaysia juga menghasilkan dokumen perancangan spatial yang melengkapkan perancangan di peringkat perbandaran dan kawasan luar bandar antaranya Dasar Perbandaran Negara dan Dasar Perancangan Fizikal Desa Negara.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 30 2022

M Noor Azman berkata selaras dengan agenda utama KPKT iaitu Malaysia Berdaya Huni, RFN4 telah digubal untuk memandu hala tuju strategik perancangan dan pembangunan fizikal negara. -Bernama

Kerajaan laksana pelbagai usaha mudah cara majikan dapatkan pekerja asing
Majikan atau pekerja asing dinasihati agar tidak terlibat dengan sindiket atau aktiviti pemalsuan dokumen bekerja.

Penganjur perlu timbangkan lokasi sesuai untuk anjurkan konsert - Fahmi
Sementara kerajaan tidak akan terlibat dalam aspek berkenaan, tetapi ia mengambil maklum rungutan daripada pembeli tiket konsert.

JPJ N.Sembilan rekod 2,337 kesalahan sepanjang Ops TBC 2023
Antara kesalahan terbabit adalah tiada lesen memandu, lesen kenderaan motor (LKM) tamat tempoh dan gagal mematuhi lampu isyarat merah.

Isu UMNO buka peluang kepada PN depani PRN - Azmin
Perikatan Nasional (PN) tidak menolak kemungkinan isu yang sedang didepani UMNO ketika ini membuka lebih peluang buat gabungan itu untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam buah negeri nanti.

Projek Sakit | KPKT teliti lebih 500 projek rumah swasta terbengkalai
Kementerian Pembangunan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sedang meneliti lebih 500 projek perumahan swasta yang dikenal pasti sebagai projek 'sakit' dan terbengkalai di seluruh negara.

10 Berita Pilihan - (28 Januari 2023)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Khairy Pecat | TMJ mungkin tawar jawatan kepada KJ
Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim membayangkan kemungkinan menawarkan jawatan Ketua Pegawai Eksekutif JDT FC dan Penasihat Orang Muda Johor kepada Khairy Jamaluddin. Perkara itu dinyatakan oleh pemilik kelab bola sepak JDT itu menerusi satu hantaran di Facebook rasmi HRH Crown Prince Of Johor, malam tadi.

Politik | Pemecatan dan penggantungan pemimpin UMNO ada kecacatan - Ismail Sabri
Terdapat kecatatan dalam proses pemecatan dan penggantungan beberapa pemimpin UMNO, kata Naib Presiden parti itu, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 28 Januari 2023.

Amaran hujan sangat lebat berterusan tahap bahaya di Pahang, Johor hingga Isnin
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan sangat lebat berterusan tahap bahaya di Pahang dan Johor sehingga Isnin ini (30 Jan).

KPKT teliti setiap projek perumahan sakit, jamin hak pembeli terjaga
Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan meneliti setiap projek perumahan sakit dan terbengkalai di seluruh negara bagi memastikan kebajikan dan hak para pembeli terjamin.

Dasar Perumahan Negara akan dikaji semula - KPKT
Kementerian percaya sasaran penyediaan 500,000 rumah mampu milik menjelang 2025 dengan kerjasama semua agensi perumahan boleh dicapai.

Singapura berjaya sediakan rumah buat 80% rakyat tanpa kira bangsa - KPKT
KPKT bercadang untuk mengadakan sesi perkongsian ilmu bersama pakar perumahan dari Singapura.

Ummah gesa PM Anwar campur tangan isu KPKT bawa masuk pakar Singapura
Pengerusi UMMAH, Mohd Zai Mustafa berkata, ini kerana soal kedaulatan dan keselamatan negara perlu diambil kira dalam sebarang keputusan yang dibuat oleh kerajaan.

Tidak kisah dilabel 'Menteri Tandas', janji khidmat berkualiti - Nga Kor Ming
Tandas awam adalah cerminan kemajuan sesebuah negara, imej awal Malaysia kepada pelancong.

KPKT pohon peruntukan RM26.35 juta untuk perkasa pengurusan bencana
KPKT telah menyerahkan cadangan kepada Kementerian Kewangan, untuk memperkasakan pengurusan bencana menerusi peruntukan sebanyak RM26.35 juta.

KPKT akan bangunkan pasar lama sebagai pasar warisan negara
Bagi mencapai objektif itu, pihaknya akan melakukan kajian ke atas pasar-pasar usang di seluruh negara.

KPKT tekad musnah, bersihkan 100 tapak pelupusan sampah haram
Langkah itu akan menjadi sebahagian daripada petunjuk prestasi kementerian untuk kesejahteraan rakyat Malaysia.

Tindakan segera perlu diambil selesai masalah sampah di lokasi tumpuan pelancong
Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) mahu tindakan segera diambil berhubung urusan kebersihan dan kutipan sampah di destinasi pelancongan di ibu negara yang didapati kurang memuaskan.

39,323 kes tribunal tuntutan pembeli rumah selesai - Nga Kor Ming
Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming berkata bagi tempoh 2018 hingga 2022, sebanyak 7,202 kes melibatkan TPPR dan 32,121 kes pula membabitkan TPS.