MALAYSIA
KPKT kaji tubuh agensi tunggal urus sisa pepejal, e-sisa dan radioaktif
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming pada Mesyuarat Kedua, Penggal Keempat Parlimen ke-15 Persidangan Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen hari ini. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan membuat kajian penubuhan sebuah agensi tunggal bagi mengoptimumkan penggunaan sumber dalam pengurusan sisa termasuk sisa pepejal, buangan elektrik dan elektronik (e-sisa), kumbahan dan radioaktif.
Ringkasan AI
Menterinya Nga Kor Ming berkata inisiatif itu, merupakan antara strategi utama diketengahkan dalam Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) sebagai sebahagian usaha menyeluruh pemeliharaan kesihatan bumi dan mencapai matlamat sifar sisa.
"Agensi tunggal ini merangkumi lima asas utama pengurusan sisa iaitu kutipan, pengangkutan, pemulihan, rawatan dan pelupusan.
"Usaha dizahirkan ini seiring dengan komitmen untuk mencapai sifar sisa, selain menggalakkan pertumbuhan ekonomi hijau, memangkin kesejahteraan sosial dan menjamin kemampanan alam sekitar, sebagaimana ketetapan visi Blueprint Ekonomi Kitaran bagi Sisa Pepejal di Malaysia," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan asal Datuk Dr Richard Rapu @ Aman Begri (GPS-Betong) berhubung langkah strategik kementerian dalam memperkukuh tadbir urus pengurusan sisa pepejal termasuk elemen ekonomi kitar semula, penciptaan pekerjaan hijau dan integrasi teknologi inovatif.
Menjawab soalan tambahan Richard Rapu mengenai strategi kerajaan untuk membantu pihak berkuasa tempatan (PBT) menangani isu kos pengurusan sisa pepejal yang semakin meningkat, Nga berkata kerajaan memberikan dana yang besar untuk tujuan kerja pembersihan awam di bawah RMK13.
"Hampir setiap tahun, RM2 bilion telah diperuntukkan kepada negeri-negeri yang telah pun menerima pakai Akta 672. Kini Selangor dan Pulau Pinang, secara prinsip juga bersetuju menerima pakai akta sama dan bantuan berskala akan diberikan kepada PBT masing-masing, untuk pastikan pengurusan sisa pepejal itu bersih dan mensejahterakan rakyat," katanya.
Melalui RMK13 juga, beliau berkata kerajaan turut menyasarkan penggunaan 20 peratus kenderaan kutipan sisa yang menggunakan tenaga elektrik menjelang 2027, selaras dasar dekarbonisasi negara.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- KPKT merancang untuk menubuhkan sebuah agensi tunggal yang akan mengurus lima aspek utama pengurusan sisa: kutipan, pengangkutan, pemulihan, rawatan dan pelupusan.
- Tujuannya adalah untuk mengoptimumkan sumber dan mencapai matlamat sifar sisa selaras dengan visi ekonomi kitaran negara.
- Kerajaan memperuntukkan hampir RM2 bilion setiap tahun kepada negeri-negeri yang menerima pakai Akta 672 bagi kerja pembersihan awam.