JOHOR BAHRU: Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, meneruskan lawatan kerja ke Negeri Johor bagi melihat prestasi penyampaian perkhidmatan KPKT dalam usaha untuk meningkatkan daya huni rakyat di Rumah Pangsa Larkin pada petang ini.
Rumah Pangsa Larkin, Larkin, Johor Bahru ini merupakan sebuah projek perumahan swasta yang terdiri daripada 3 blok rumah pangsa 5 tingkat yang berjumlah 300 unit rumah yang dibina pada tahun 1988. Dahulunya rumah pangsa ini dijual dengan harga RM25,000 dan sehingga kini, sebanyak 290 unit telah diduduki dengan anggaran penghuni seramai 1,000 orang.
Reezal Merican menjelaskan bahawa lawatan kerja ini merupakan salah satu daripada tumpuan utama KPKT dalam agenda Malaysia Berdaya Huni atas jemputan penduduk untuk beliau melihat keadaan rumah pangsa tersebut yang agak usang setelah hampir 35 tahun dibina. Ia bagi memastikan liveability atau daya huni penghuni di rumah pangsa terpelihara, KPKT komited untuk menambah baik infrastruktur dan fasiliti di perumahan yang terlibat.
Beliau menjelaskan bahawa peruntukan untuk pembaikan dan menambah baik Rumah Pangsa Awam Larkin dan Rumah Pangsa Larkin, Johor Bahru ini akan diberikan melalui Tabung Penyelenggaraan Perumahan Malaysia (TPPM) dan Peruntukan Pembangunan (DE) sebanyak RM6.77 juta. Semua peruntukan ini merupakan permohonan sedia ada yang telah dikemukakan kepada KPKT. Projek-projek ini akan bermula pada April 2022 dan dijangka akan siap sepenuhnya pada penghujung Julai 2022 kecuali pembaikan dan tukar ganti lif yang dijangka selesai pada 2023. Projek-projek ini diharap dapat memberi wajah baru yang lebih menarik dalam mewujudkan persekitaran serta suasana yang lebih selesa kepada penghuni
rumah pangsa ini.
Turut serta dalam lawatan kerja tersebut ialah Datuk M Noor Azman bin Taib, Ketua Setiausaha KPKT serta pegawai kanan Kementerian dan Jabatan Perumahan Negara. Selain itu, sesi ini turut dihadiri oleh wakil-wakil daripada agensi Negeri Johor iaitu Majlis Bandaraya Johor Bahru.
KPKT akan terus memfokuskan kepada matlamat menyediakan perumahan yang selesa untuk Keluarga Malaysia yang merupakan agenda utama KPKT dalam merealisasikan matlamat Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12) melalui gagasan “Liveable Malaysia atau Malaysia Berdaya Huni”. Ia selari dengan
aspirasi dan keprihatinan kerajaan dalam mewujudkan perumahan yang selesa dan mampu milik untuk rakyat.
Kenyataan Media
Sat Mar 05 2022

Reezal Merican melambai kepada penduduk Rumah Pangsa Larkin sewaktu membuat lawatan kerja ke negeri itu hari ini. - Foto KPKT

JAS Selangor temui 100 tong sisa buangan punca Sungai Chandong merah
Operasi pada petang Selasa turut menemui kesan buangan pigmen berwarna merah pada penutup bahagian lori tangki.

Kes 34 motosikal terbakar disyaki berunsur khianat
Polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan iaitu khianat dengan api.

Alphard hilang dilarikan penyewa
Kes ini membabitkan suspek yang merupakan seorang lelaki tempatan dan kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Alphard model AGH30 bernilai RM361,723.71.

Gempa bumi lemah landa Kepulauan Andaman
MET Malaysia tidak menjangkakan kejadian itu berpotensi mengakibatkan tsunami yang memberi kesan kepada Malaysia.

Langgar hak cipta, syarikat pembuatan acuan plastik didenda RM24,000
Syarikat itu didakwa memiliki empat salinan langgaran karya sastera dalam bentuk program komputer yang telah melanggar hak cipta sebuah perbadanan di California, Amerika Syarikat.

Tiada tangkapan, rampasan wang daripada 2 pegawai polis di pusat hiburan - Arjunaidi
Kes tersebut akan dirujuk kepada Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard untuk melihat kesalahan dari sudut tatatertib.

KPDNHEP Kuala Lumpur tumpas kegiatan seleweng diesel bersubsidi
Siasatan awal mendapati terdapat sebuah lori 'bonded' membuat pembelian diesel bersubsidi di stesen minyak sekitar Kuala Lumpur.

Emilia diberi amaran tidak guna sijil cuti sakit untuk tidak hadir prosiding
Majistret Nadia Othman juga membatalkan waran tangkap yang dikeluarkan terhadap Emilia, 43, selepas berpuas hati dengan penjelasan wanita itu berhubung ketidakhadirannya.

Banjir Baling: 280,000 akaun pengguna SADA alami gangguan bekalan air
Gangguan di daerah Baling, Kuala Muda dan Kulim berlaku disebabkan kadar kekeruhan air mentah tinggi susulan insiden banjir.

Banjir Baling: 499 mangsa selamat dipindahkan ke PPS - Reezal
Seramai 499 mangsa banjir di Baling, Kedah berjaya diselamat dan dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) oleh pasukan bomba selepas operasi menyelamat ditamatkan secara rasminya.

Banjir Baling: 499 mangsa selamat dipindahkan ke PPS - Reezal
Seramai 499 mangsa banjir di Baling, Kedah berjaya diselamat dan dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) oleh pasukan bomba selepas operasi menyelamat ditamatkan secara rasminya.

Reezal: Silat warisan berharga yang perlu dipertahankan
Silat dijulang dan diangkat sebagai benteng pertahanan negara yang ketiga.

Tiga perkara penting dibawa pulang Malaysia dari WUF11 - Reezal Merican
Paling utama, negara mahu belajar dari negara-negara anggota UN-Habitat mengenai amalan terbaik pembangunan perbandaran.

Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi: Beri kepercayaan, masa mencukupi - Reezal Merican
Ia satu petanda bahawa isu ekonomi dan kos sara hidup rakyat menjadi tumpuan utama dan prioriti kerajaan dalam masa terdekat.

Indeks Daya Huni (iDAM) jadi panduan PBT gubal polisi - Menteri
Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata pandemik COVID-19 telah menyebabkan kehidupan masyarakat B40 terbelenggu dengan kehidupan tidak berdaya huni.

Malaysia nyata hasrat anggotai Lembaga Eksekutif UN-Habitat
Malaysia telah menyatakan hasrat untuk mendapat sokongan supaya dipilih dalam keanggotaan Lembaga Eksekutif program itu pada Jun 2023.

WUF 2022: Bukti komitmen, pencapaian negara ke arah SDG - Reezal Merican
Malaysia mahu mahu mempamerkan inisiatif dan pencapaian dalam mempromosi dan melaksanakan pembangunan bandar yang mampan.

Malaysia harap UN-Habitat iktiraf agenda Malaysia
Reezal Merican berkata kementeriannya telah membangunkan program di mana 150 PBT menyediakan pelan tindakan SDGs dan seterusnya membentangkan laporan 'Voluntary Local Review' (VLR).

Reezal Merican ketua delegasi Malaysia pada WUF ke-11
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican akan mengetuai delegasi Malaysia pada Forum Bandar Sedunia ke-11 (WUF11) bermula esok.

Pandangan Nur Jazlan terhadap PM tidak membantu perkukuh UMNO - Reezal
Reezal berkata, Nur Jazlan sepatutnya menggunakan wadah parti yang lebih berhemah, daripada membuat kenyataan secara terbuka.