awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPKT komited tangani projek perumahan sakit, terbengkalai

Astro Awani
Astro Awani
18/06/2022
23:03 MYT
KPKT komited tangani projek perumahan sakit, terbengkalai
Ismail berkata, pihaknya sedang memantau dan menangani projek perumahan terbengkalai lain yang secara langsung memberi kesan khususnya kepada pembeli, peminjam. - Gambar fail/Astro AWANI
KUALA TERENGGANU: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) komited bagi menyelesaikan dan menangani projek perumahan 'sakit' atau terbengkalai agar tidak terus berlarutan.
Timbalan menterinya, Datuk Seri Dr Ismail Abdul Muttalib berkata, setakat ini sebanyak 16 projek perumahan terbengkalai sedang dipulihkan.
Katanya, selain kenaikan harga barang, kesan COVID-19 juga antara punca yang dikenal pasti menyebabkan projek berkenaan terbengkalai.
“Pihak kerajaan bercadang telah memikirkan pendekatan untuk menyelaraskan masalah-masalah seperti ini supaya masalah rumah dapat diselaraskan dengan baik, tidak ada rumah terbengkalai.
"Kita tak nak salahkan mana-mana (pihak) tapi ini tidak boleh dielakkan (sebab) kadang-kadang pelbagai faktor penyebabnya termasuklah harga barang naik... barang ni bukan kerana negara kita, kerana barang-barang diimport dan sebagainya.
"(Jadi) hendak tak hendak, kita terpaksa berhadapan dengan fenomena seperti ini," katanya kepada media selepas merasmikan program Pemerkasaan Ekonomi Komuniti Bandar, di sini, semalam.
Ismail berkata pihaknya serta jawatankuasa di bawah kerajaan juga sedang memantau dan menangani projek perumahan terbengkalai lain yang secara langsung memberi kesan khususnya kepada pembeli, peminjam.
Justeru, katanya KPKT juga telah mewujudkan 'war room' khusus untuk mendepani isu berkaitan perumahan, terutamanya membabitkan projek sakit serta kelewatan pemaju menyiapkan projek.
Menurut ismail, pendekatan itu bukan sekadar membabitkan semua projek perumahan di bawah seliaan KPKT seperti PR1MA, Perumahan Penjawat Awam Malaysia (PPAM) dan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB), Perbadanan PR1MA, malah turut meliputi pemaju swasta.
Topic Berkaitan
#Ismail Abdul Muttalib
#perumahan
#projek sakit
#projek terbengkalai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan