MALAYSIA
KPKT laksana lima reformasi Perumahan MADANI, tingkat integriti dan akauntabiliti - Nga
Nga berkata langkah pembaharuan itu antara lain turut bertujuan memperkukuh perlindungan pembeli dan meningkatkan kecekapan sistem perumahan. - Gambar Facebook KPKT
PUTRAJAYA: Lima Reformasi Perumahan MADANI akan dilaksanakan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bermula 1 Jan depan, bertujuan membina satu ekosistem perumahan yang berintegriti serta berakauntabiliti selain memacu industri hartanah negara tanpa meminggirkan kebajikan pembeli rumah.
Ringkasan AI
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming berkata langkah pembaharuan itu antara lain turut bertujuan memperkukuh perlindungan pembeli, meningkatkan kecekapan sistem perumahan, menutup kelompangan peraturan dan memacu negara ke arah ekosistem digital perumahan bertaraf dunia.
"Daripada sistem manual kepada sistem digital, daripada proses tertutup kepada pengurusan yang telus, moden dan berpaksikan data. Pendekatan baharu ini bukan lagi bersifat reaktif, sebaliknya proaktif. Melalui ekosistem baharu ini, setiap projek perumahan akan dapat dirancang, dipantau dan disiapkan dengan lebih teratur demi meningkatkan keyakinan pasaran terhadap sektor hartanah negara," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Reformasi Perumahan MADANI di sini hari ini, yang turut dihadiri Ketua Pengarah Jabatan Perumahan Negara Datuk N. Jayaselan.
Lima reformasi berkenaan ialah pemantapan perundangan termasuk pengenalan akta baharu iaitu Akta Pemajuan Harta Tanah, Perjanjian Jual Beli (SPA) secara elektronik melalui eSPA, Housing Integrated Management System (HIMS), Transforming and Empowering Data Usage in Housing (TEDUH) dan pelaksanaan audit terhadap Akaun Pemajuan Perumahan (HDA).
Mengenai HIMS, beliau berkata ia merupakan platform digital bersepadu yang mengawal selia seluruh kitaran hayat pembangunan perumahan daripada pendaftaran projek, pemantauan kemajuan hingga ke proses jual beli dan penyerahan rumah.
"Dengan HIMS, pemantauan tidak lagi bersifat reaktif dan semua data kemajuan projek, aliran kewangan, malah status lesen pemaju akan dapat dipantau secara masa nyata, telus dan boleh diaudit.
"Melalui HIMS, setiap urusan kewangan sama ada bayaran konsultan, tuntutan fi guaman di bawah Majlis Peguam, urusan vendor serta transaksi bersama institusi pembiayaan kini direkodkan dan diproses secara digital, telus dan boleh diaudit. Ia bagi memastikan semua aliran masuk dan aliran keluar projek berada dalam kawalan peraturan dan dapat dikesan setiap masa," kata Nga.
TEDUH yang dikenali sebagai Sistem Bank Data Perumahan Negara pula merupakan portal yang memaparkan maklumat melalui integrasi dengan HIMS dan sistem perumahan dengan agensi kerajaan lain.
Ia menyediakan fungsi carian yang lebih dinamik berkaitan projek dan pemaju bagi program perumahan awam dan swasta di Malaysia.
"TEDUH dilengkapkan dengan sistem aduan dan pemantauan dalam talian bagi membolehkan pembeli menyemak kemajuan projek dan melaporkan sebarang salah laku pemaju," katanya.
Menerusi pelaksanaan audit HDA pula, Nga berkata Kerajaan MADANI sentiasa berusaha untuk memastikan tiada lagi projek perumahan swasta terbengkalai menjelang 2030 dan bagi memastikan reformasi itu benar-benar berkesan, kerajaan akan memperkukuh mekanisme kawalan pelaksanaan audit HDA oleh Jabatan Perumahan Negara bagi memastikan semua wang pembeli dimasukkan ke akaun yang sah.
"Jika pemaju gagal, akaun mereka akan dibekukan serta-merta. Semua langkah ini mempunyai satu tujuan utama iaitu memastikan setiap sen yang dibayar pembeli digunakan untuk menyiapkan rumah," katanya.
Nga dalam pada itu berkata beliau sentiasa mengamalkan konsep AFA (accomodate, facilitate, accelerate) seperti yang ditunjuk ajar oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz bagi memastikan setiap dasar dan inisiatif KPKT dapat dilaksana dengan lebih cepat, efisien dan memberi manfaat berimpak tinggi kepada rakyat.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan melaksanakan Lima Reformasi Perumahan MADANI mulai 1 Januari depan untuk membina ekosistem perumahan yang berintegriti dan berakauntabiliti serta memacu industri hartanah negara tanpa merugikan pembeli rumah.
- Lima reformasi termasuk pemantapan perundangan, pengenalan Akta Pemajuan Harta Tanah, Housing Integrated Management System (HIMS), Transforming and Empowering Data Usage in Housing (TEDUH), dan pelaksanaan audit Akaun Pemajuan Perumahan (HDA) untuk meningkatkan kecekapan sistem perumahan dan memastikan wang pembeli digunakan secara berkesan.
- Melalui HIMS, pemantauan projek perumahan tidak lagi bersifat reaktif, sementara TEDUH membolehkan pembeli menyemak kemajuan projek dan melaporkan sebarang salah laku pemaju secara dalam talian.