awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EFL: Arsenal tempah tiket ke final, misi raih piala pertama musim ini
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPKT lancar Sekretariat Muafakat Komuniti PPR

Muhafandi Muhamad
Muhafandi Muhamad
20/04/2019
13:47 MYT
KPKT lancar Sekretariat Muafakat Komuniti PPR
Sebahagian penerima menunjukkan surat tawaran kediaman yang diterima daripada Zuraida pada majlis penyerahan surat tawaran dan perasmian Pejabat Sekretariat Muafakat Komuniti PPR Kota Bharu di Wakaf Mek Zainab hari ini. --fotoBERNAMA
Dalam usaha mendidik masyarakat, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) hari ini mengambil inisiatif mewujudkan Sekretariat Muafakat Komuniti Program Perumahan Rakyat (PPR) di kawasan perumahan yang dibina.
Menterinya Zuraida Kamaruddin berkata, sekretariat berkenaan berperanan membantu peserta di projek perumahan untuk menjaga kebersihan, mengurus tempat dan menjana pendapatan serta memantau penguatkuasaan syarat ke atas penduduk.
"Sebab itu kita tubuhkan Sekretariat Muafakat Komuniti yang terdiri dari kakitangan KPKT yang akan bertugas di sini untuk memastikan penduduk di sini faham syarat-syarat untuk mereka dapat tinggal di sini.
"Dan juga, untuk melatih mereka agar menjadi masyarakat yang berdaya dalam semua aspek termasuk penjagaan hartanah, kebersihan, keselamatan dan program gotong royong," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penyerahan Surat Tawaran dan Perasmian Pejabat Sekretariat PPR Kota Bharu yang turut dihadiri Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri Dr Izani Husin dan Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) KPKT Dr Mary Wong Lai Lin di sini.
PPR Kota Bharu merupakan tempat pertama sekretariat tersebut dilancarkan dan ia akan diperluaskan ke projek-projek perumahan kos rendah yang lain di bawah seliaan KPKT dari semasa ke semasa.
Pada majlis berkenaan, Zuraida turut menyerahkan surat tawaran sijil induksi dan kit pengurusan dan keselamatan PPR Kota Bharu kepada 480 peserta projek perumahan tersebut.
Dalam perkembangan sama, beliau berkata KPKT akan menawarkan untuk menjual rumah PPR tersebut kepada peserta jika mereka mempunyai rekod yang baik dalam pembayaran sewa di projek perumahan berkenaan dalam tempoh lima tahun.
Katanya harga tawaran bergantung kepada 'median income' di sesebuah kawasan manakala kutipan sewa dan penyelenggaraan yang ditetapkan tidak melebihi RM350 sebulan akan diserahkan kepada kerajaan negeri.
Topic Berkaitan
#kawasan perumahan
#kerajaan
#keselamatan
#kesihatan
#Kota Bharu
#KPKT
#Penduduk
#PPR
#PPR Kota Bharu
#rakyat
#Sekretariat Muafakat Komuniti
#syarat
#Zuraida Kamaruddin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan